CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Saya Mahir Bahasa Inggeris Pun Komplen - Doktor Gesa KPM Prihatin Kualiti Audio UMBI

20-2-2023 08:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1480| Komen: 9

Kementerian Pendidikan (KPM) digesa lebih prihatin dalam memilih personaliti yang merakam suara untuk ujian Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Perkara itu disuarakan pengamal perubatan dikenali sebagai Dr Rusyainie Ramli melalui Facebook peribadi selepas anak perempuannya yang hanya dinamakan sebagai Zulaikha menghadapi situasi sukar untuk memahami butir patah perkataan dalam ujian mendengar Bahasa Inggeris kerana slanga digunakan pelontar suara audio berkenaan.

Tambah Rusyainie, dia turut cuba menenangkan anaknya kerana menyangkakan anak perempuannya itu terlebih gelisah.


FB


"Anak saya yang bertutur dalam Bahasa Inggeris pun mengalami masalah memahami apa yang cuba disampaikan, bayangkan pelajar lain yang tidak mahir bahasa kedua itu," luahnya dipetik Majoriti.

Terdahulu, media melaporkan ramai calon SPM berdepan tekanan selepas gagal memahami dengan jelas audio UMBI dalam peperiksanaan tersebut yang didakwa menggunakan khidmat pempengaruh TikTok.


FB

Lembaga Peperiksaan (LP), KPM bagaimanapun menafikan ujian UMBI peperiksaan SPM tahun 2022 dilaksanakan baru-baru ini menggunakan khidmat TikTokers sebagai pelontar suara audio. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 20-2-2023 08:51 PM
Apa kelas assigned tokkoker...punyalah berlambak pro vo talent, yg kelaut jugak diambiknya. Bukannya mahal pun nak bayar.
Quote H0rr0rfan 21-2-2023 01:04 AM
Kemahiran BI yang sangat baik maksudnya boleh memahami bahasa Inggeris berlainan slanga atau accent. Bila masa pula anak Melayu duduk di Malaysia guna BI sebagai penghantar utama? Aku pernah dengar doktor ni cakap BI, biasa-biasa je. Level average Malaysian.
Quote pearl.silver 21-2-2023 01:17 AM
Td i jln2 kt tiktok
Jumpa la acc tt tu
Ada post dia ngaku dia punya suara utk listening test
So adakah betul tiktoker tu? Tp dia pun mmg cikgu english. Yg dok bsmgga mata biru sbb nenek omputih. Tah ye tidak
Quote chilly 21-2-2023 04:00 AM
Alah bangangnya.
Quote Adrif 21-2-2023 05:44 AM
dulu student Muet la, Ielts la, Toefl la, entah ape lagi, complain audio teruk, orang ramai condemn. student manja

ni haa, bila kena kat budak SPM, majoriti generasi baru terkesan
ape citerr
Quote she 21-2-2023 07:06 AM
Macik cuma nak mengomen
Tahun depan anak no 4 macik SPM
Harap ada penambahbaikan dari segi daya mutu keunggulan pembaca ayat tersebut

Dah lah anak macik tu English aje subjek boleh score
Yang lain hmmmmm
Takpelah macik nak larik g batu belah batu tak tangkup2
Quote esbok 21-2-2023 09:47 AM
Adrif replied at 21-2-2023 05:44 AM
dulu student Muet la, Ielts la, Toefl la, entah ape lagi, complain audio teruk, orang ramai condemn. ...

dpt sound system berdesirr, sebu lubang telinga nak mendengar
Quote ifanonline 21-2-2023 09:56 AM
jgn la ambik ape2 dr tiktok tu...orang2 dlm tiktok tu hanya layak utk di masturbasi kan shj
Quote Samerosie 21-2-2023 10:06 AM
Ada tak sample audio dia, nak juga dengar apa sampai accent teruk sangat sampai budak2 tak faham.  

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048562 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top