CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminta Sedekah Rompak Warga Myanmar Dipenjara 7 Tahun, Satu Sebatan

20-2-2023 07:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 414| Komen: 1


Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan terhadap peminta sedekah kerana merompak warga Myanmar. 

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Fairuz Embong, 41, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.



MOHD Fairuz dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen kerana merompak warga Myanmar. FOTO Zatul Iffah Zolkiply

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak harta iaitu wang tunai berjumlah RM518, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) milik warga asing.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, jam 6.20 petang pada 11 Mei 2021.

Tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.


Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 14 Mei 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Nabihah Hizamul-Din.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 20-2-2023 08:26 PM
Ada ye pekerjaan sebagai “pemintak sedekah” ?????

Apasal tak tulis menganggur. Macam sama je skop kerja

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.030463 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top