Kemelut berpunca dari pembahagian harta bagai tidak berkesudahan apabila Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey saling berbalas kenyataan. Kredit foto: IG Ali yang terkilan dengan Hidayah kerana memuat naik video hingga menimbulkan persepsi buruk terhadapnya dan keluarga, dalam siaran Melodi menjelaskan bahawa sesiapa sahaja boleh ke rumah abangnya memandangkan ia masih dalam urusan faraid. Namun, peguam syariah Tuan Muhammad Syarafi tampil menjelaskan situasi dihadapi mereka sekarang. Jelasnya di Facebook, Ali seharusnya cakna mengenai undang-undang pengurusan harta Allahyarham.
"Orang paling berhak menguruskan harta si mati ialah isteri dan anaknya. "Cuma dalam situasi ini, anak arwah masih di bawah umur, jadi pemegang amanah mesti dilantik untuk menguruskan harta bagi pihak anak," tulisnya. Jelasnya lagi, si ibu akan dilantik sebagai pemegang amanah bagi menguruskan harta anak yang belum cukup umur sehingga mencapai usia membolehkannya menguruskannya sendiri. Tambah peguam berkenaan, Ali sepatutnya memberi laluan kepada balu si mati tinggal di rumah itu dengan anaknya sehingga urusan faraid selesai. "Sebab apa? Sebab mereka berdua waris yang paling banyak dapat bahagian dalam harta si mati," jelasnya. Beliau juga menasihati Ali supaya tidak merumitkan lagi keadaan dan merendahkan egonya agar dapat mengharmonikan kembali silaturrahim. - CARI
|
dudaberhias replied at 20-2-2023 12:58 PM
punya la gigih nak harta orang si rambut acuan besen ni
sampai bengkarung pun ko sanggup penggal ...
dudaberhias replied at 20-2-2023 08:58 PM
punya la gigih nak harta orang si rambut acuan besen ni
sampai bengkarung pun ko sanggup penggal ...
awanearisu replied at 20-2-2023 08:58 PM
Tolong tag forumer penyokong Ali di sini. Lupa namanya.
ADVERTISEMENT