Nama pelakon Hafidz Roshdi menjadi sensasi kebelakangan ini sejak kisah orang ketiga menjadi punca pergolakan rumah tangga menjadi bualan netizen. Malah, ramai yang memerhati gelagat aneh Hafidz di laman TikTok.
Hafidz sebelum ini dikaitkan dengan kisah kecurangan apabila dikatakan ‘kantoi’ bermesej lucah bersama seorang wanita. Malah, wanita itu juga sudah tampil memohon maaf di atas kesalahannya mengganggu rumah tangga pelakon berkenaan. Bagaimanapun, Murai melaporkan gelagat Hafidz di laman sosial menyanyikan lagu Jangan Sakiti Aku dari band terkenal Indonesia, Radja seolah-olah tiada apa yang berlaku menjadi bualan.
Berikutan itu, netizen mendakwa Hafidz dahagakan perhatian. Malah, ada juga yang berpendapat dia dan isteri sengaja mencipta drama ini bagi mencetuskan kontroversi dan meraih perhatian peminat. Betul atau tidak spekulasi netizen ini, diharapkan urusan Hafidz dan isteri dipermudahkan. - CARI
|
ADVERTISEMENT