CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baby Bump? Terlampau Awal Untuk Dikongsi - Wany Hasrita

20-2-2023 07:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2111| Komen: 6

Wany Hasrita akhirnya tampil menjawab teka-teki mengenai dirinya kini dikata sedang berbadan dua selepas membuat kemunculan di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37).

Penyanyi itu mengambil pendekatan untuk tidak menafikan dan tidak mengiyakan mengenai persoalan netizen mengenai penampakan 'baby bump' ketika ditemu bual Melodi.



IG

Namun, pelantun lagu Menahan Rindu itu menyatakan segalanya terlalu awal untuk dikongsikan tentang berita kehamilannya itu buat masa sekarang.

“InshaAllah, terlampau awal untuk dikongsi. Tunggu je lah masa yang sesuai. Semua yang berkahwin sudah tentu nak mempunyai keluarga.

“Saya minta doa anda semua untuk kesihatan saya, suami dan keluarga kami. Sampai masa nanti kita kongsilah,” katanya.

Wany dalam masa sama mengakui netizen mempunyai mata yang tajam untuk meneka seseorang itu sedang hamil.

Namun, Wany mengatakan busana yang dikenakannya pada malam AJL37 tersebut agak besar.


IG

“Masalahnya masa tu saya tengah buncit dan tengah angin masa tu. Baju besar pun isu juga. Kalau dua bulan pun belum nampak lagi. tapi jawapan saya, doakan yang baik-baik.

“Setakat ni tak ada pantang apa-apa pun. Kita makan macam biasa je. Tak ada apa pun yang boleh disharekan lagi. Doakan yang baik-baik. Tengoklah nanti, kalau ada kita announce,” jelasnya.

Tegas dengan pendirian untuk tidak kerap berkongsi kisah peribadinya menerusi media sosial, Wany menyatakan bahawa dirinya akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba masa yang tepat.



“Saya sepanjang daripada sebelum kahwin, sampai dah kahwin tentang berkongsi di media sosial tak banyak sangat. Even nak kahwin pun bukan kita tak nak share, tapi sebab ada pengalaman-pengalaman yang sebelum ni.

“Tapi, tak boleh juga kita tak share kan. Kita memang bekerja dalam industri ini, nak tak nak kita kena faham orang nak tahu apa benda yang jadi.

“InshaAllah, mana yang tahu, tahu. Yang mana nampak, nampak. Untuk saya share dan mengwar-warkan sekarang belum lagi kot,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikilalapooh 21-2-2023 11:00 AM
admit je lah u mmg pregnant wani.. semoga dipermudahkan segala urusan u.
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 02:08 PM
ni nk ikut jejak hajah lopak juga kah???harap2 jgn la dia ni dok usap2 perut dpn org ramai
Quote bunga78 22-2-2023 11:03 PM
Spesies jah jgk ni. Elok la tu
Quote DARSITA 23-2-2023 02:38 AM

Dah kawin kan ..mengaku jer la.
Quote princessmiang 23-2-2023 08:30 AM
Ko bukan taraf maryam a.s pun...feeling2 jahqob
Quote RoseLuna 23-2-2023 08:39 AM
Kenapa soalan ‘adakah memilih utk berkongsi di media sosial tanpa memerlukan media’ tu mcm nak perli nad kangkang je

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.093780 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top