BERNAMA melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan beliau dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.
Tengku Zafrul hari ini menyatakan kesediaannya memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan akan berjumpa pihak agensi itu dalam masa terdekat. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina MITI dan agensi hari ini bagaimanapun, tidak mendedahkan sama ada ia berkaitan projek Jana Wibawa yang sedang disiasat pihak SPRM. Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memanggil bekas Menteri Kewangan itu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung projek Jana Wibawa. Menurut Tengku Zafrul, sepanjang pengetahuannya semasa menerajui Kementerian Kewangan sebelum ini, tiada 'perbelanjaan' yang tidak sepatutnya berlaku.
"Tapi itu setakat pengetahuan saya, biarlah SPRM buat siasatan mereka," katanya. Catatannya di Facebook semalam juga menjelaskan tiada apa perlu disembunyikan dan beliau sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama. - CARI
|
ADVERTISEMENT