CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fans Tak Takut Kejadian Sabotaj Lampu Limpah Stadium Perak Berulang, Minta Pasang CCTV

20-2-2023 06:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 388| Komen: 1


Kerja-kerja membaik pulih lampu limpah sedang giat dijalankan ekoran insiden sabotaj bilik menempatkan kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak dipecah masuk pada Selasa lalu.

Menerusi laman TBG Super Fan, ramai penyokong bimbang kejadian sama berulang.


Kerja-kerja membaik pulih lampu limpah di Stadium Perak sedang giat dijalankan. — Facebook

Difahamkan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sudah memperketatkan kawalan keselamatan di seluruh kawasan stadium. 

Manakala Majoriti melaporkan, ruang komen dibanjiri suara penyokong The Bos Gaurus yang mahu kawalan di situ terus diperketatkan dengan rondaan dibuat secara kerap dan berkala.

Selain pengawal keselamatan, ada yang mencadangkan televisyen litar tertutup (CCTV) juga dipasang di situ serta meminta polis bantuan bertugas untuk membuat kawalan keselamatan di stadium.




Dalam kejadian itu, MBI mendapati bilik High Mast Pole 3 dipecah masuk selepas mendapati hampir keseluruhan kabel dipotong dan komponen lampu limpah dicuri pihak tidak bertanggungjawab mengakibatkan kerugian sekitar RM135,000.

Difahamkan, kejadian itu disedari ketika pihak MBI menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi persiapan menghadapi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang dijadualkan berlangsung mulai 25 Februari ini. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 21-2-2023 09:08 AM
Ajer tumpor komer..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.025580 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top