CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Larangan Petik Sumber Untuk Media Laporankan Berita

20-2-2023 06:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 314| Komen: 0

"Kita maklum dalam kalangan wartawan ada hak untuk memastikan keselamatan identiti sumber mereka, tetapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah."

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mempertahankan hak agensi media menyiarkan berita yang memetik sumber dalam laporan berita.



FB

Tegasnya, tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap laporan berita yang memetik sumber kerana memahami hak wartawan dan organisasi media dalam melindungi keselamatan serta identiti sumber yang memberi maklumat.

Namun Fahmi (PH-Lembah Pantai) mengingatkan kebebasan itu tetap tertakluk kepada undang-undang, malah laporan berita tidak benar dan berunsur fitnah tetap akan dikenakan tindakan.

"Contohnya baru-baru ini, syarikat Awesome TV yang menerbitkan laporan berita fitnah yang memetik sumber atau cadangan dengan mengatakan kerajaan berhasrat membuang lebih 800,000 pegawai penjawat awam.


"Ini fitnah yang sangat jelas. Awesome TV ini sudah enam kali melakukan pelanggaran (undang-undang), termasuk lima kali sebelum ini. Jadi pada jam 12 tengah hari ini, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan bertemu dengan pihak Awesome TV untuk membincangkan kerana pelanggaran ini berlaku waima di pentadbiran sebelum ini sekali pun.

“Kena perlu ada keseimbangan, mungkin ini bersifat perbincangan antara pengamal media dan pihak berkuasa untuk mencari titik temu dalam isu ini," katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat melarang pemberitaan yang memetik sumber dalam kalangan agensi media di Malaysia.

Sementara itu mengenai soalan tambahan Shahidan yang bertanya sama ada kerajaan terancam dengan pengaruh pembangkang di aplikasi TikTok hingga meminta syarikat itu menyekat kandungan tertentu, Fahmi menegaskan, tindakan menurunkan hantaran di aplikasi itu dibuat oleh penyedia media sosial berkenaan berdasarkan garis panduan komuniti.

"Contohnya TikTok menurunkan kandungan berdasarkan garis panduan komunitinya, sekitar 95 peratus kandungan diturunkan secara automatik berdasarkan kecerdasan buatan (AI) syarikat itu," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.086003 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top