“Hanya kerana wujudnya unsur keagamaan Islam lalu mahu dikaitkan dengan keganasan." Tidak berpuas hati dengan reaksi kerajaan kepada perarakan menggunakan replika senjata di negeri jirannya Terengganu, Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed mempersoalkan acara itu dikaitkan dengan kegelisahan masyarakat dan keganasan.
“Sedangkan perarakan kostum atas Nijigen Expo 2023 pada tarikh sama yang berkesinambungan daripada Comic Fiesta 2022 menggunakan metod costum anime bersenjata diadakan di ibu kota Kuala Lumpur tidak pula digegerkan,” katanya dipetik MalaysiaKini. Dia mengulas kenyataan Menteri Agama Mohd Na'im Mokhtar yang menyifatkan perarakan menggunakan simbol pahlawan bersenjata itu memberikan gambaran tidak baik kepada agama dan negara. Dalam kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily hari ini, Kamal berkata sejarah ketamadunan Islam dahulu tidak boleh dinafikan sebagaimana perang Tanah Melayu sebelum merdeka.
“Jika orang Melayu berbangga dengan keris dan lembing, sejarah Islam tidak boleh memadamkan peperangan melalui pedang, panah dan kuda,” katanya. Dia menyifatkan apa yang berlaku sebagai bayangan Islamofobia era kerajaan hari ini kerana apa sahaja berkait agama Islam akan dimomokkan dengan keganasan. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu Mohd Harun Esa berkata, acara tahunan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) yang menghimpunkan jentera Pemuda PAS diadakan sejak 1991 dan sudah menjadi tradisi lapan Pemuda PAS kawasan membawa replika pedang dan lembing serta tema perarakan masing-masing. Manakala Ketua Polis Terengganu, Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya maklum mengenai perarakan itu tetapi tidak dimaklumkan berkaitan perarakan bersama replika senjata. - CARI
|
ifanonline replied at 20-2-2023 02:21 PM
double standard when it comes to Islam...PAS perlu bertegas dlm hal ni
mat_arof replied at 20-2-2023 02:26 PM
lepas ni boleh lar berarak tema halloween kt terengganui kan.
ko tak nak double standard kan?
ifanonline replied at 20-2-2023 02:27 PM
boleh, tapi jgn melibatkan umat islam la...kapir nak buat go ahead...yg ummah islam terlibat boleh ...
mat_arof replied at 20-2-2023 02:32 PM
orait setuju begini..
x nak nanti ada islam pung pang pung pang...
cmf_Strawberry replied at 20-2-2023 03:08 PM
Yang bercakap pasal Islamphobia di peringkat Global adalah PMX, tp yang buat orang jadi phobia ni de ...
mat_arof replied at 20-2-2023 02:26 PM
lepas ni boleh lar berarak tema halloween kt terengganui kan.
ko tak nak double standard kan?
harisbee replied at 20-2-2023 03:41 PM
Tgk jubah serban pun phobia? Dead
ifanonline replied at 20-2-2023 06:21 AM
double standard when it comes to Islam...PAS perlu bertegas dlm hal ni
ADVERTISEMENT