CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Waris Membesar Dalam Boken Family, 'Pedih' Tak Ada Ayah Nak Tolong Ajar Bertukang

20-2-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2875| Komen: 43

Penyanyi rap, Waris mengakui bukan mudah membesar dalam keluarga berpecah-belah (broken family).

Kata Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil Alias, dia berasa sangat sedih dengan ‘penyakit’ yang sedang melanda sebilangan pelaku seni tanah air yang berdepan konflik kecurangan antara pasangan suami isteri sehingga melupakan dampak ditinggalkan kepada anak mereka.


Foto: IG

“Saya datang daripada broken family dan saya tak sokong apa yang sedang berlaku dalam industri kita sejak akhir-akhir ini.

“Mak ayah saya bercerai ketika saya berusia 5 tahun. Nak cakap pasal benda ini memang agak sensitif buat saya. Bagi diri saya, memang tak patut berlaku sebab saya faham macam mana dibesarkan dalam keadaan sebegitu.



“Saya dibesarkan tanpa keberadaan seorang ayah dan sejak itu, mak saya kena bertungkus lumus (struggle) dengan arwah atok dan wan (nenek).

“Jadi, saya faham sangat (apa anak-anak rasa bila bapa mereka tidak lagi bersama). Tapi, saya tak marah orang sebab Islam pun ajak kita supaya jangan marah pelaku tapi marah atau bencikan dosa yang membawa kemungkaran,” katanya kepada Kosmo! Online.



Pelantun lagu Rembau Most Wanted yang ditemui usai tayangan perdana filem animasi, Didi & Friends The Movie itu menambah, wanita bernama ibu adalah seseorang yang kuat berdepan pelbagai kesukaran dalam hidup.

“Mak saya boleh buat dua-dua kerja (tugas ibu dan bapa) dan mak semua orang pun boleh benda itu juga.

“Saya sebagai anak broken family, banyak benda yang saya hilang. Saya tak pandai bertukang, sebab saya tiada ayah.



“Sungguhpun begitu, dari masa ke masa, mak saya lengkapkan saya dengan kemahiran yang sepatutnya ayah saya ajar.

“Macam sekarang bila dah ada dua orang anak, saya ajar anak saya macam mana nak baiki paip. Dulu yang ajar saya semua itu adalah pak cik saudara. Saya belajar macam-macam tanpa kehadiran lelaki bernama ayah termasuk seni mempertahankan diri,” katanya lagi.

Waris, 35, diminta mengulas tentang kesan keluarga berpecah-belah atau broken family ke atas pembesaran atau mental seseorang anak disebabkan pasangan berumah tangga yang memilih jalan bercerai atau berselingkuh dengan orang ketiga. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 20-2-2023 06:12 PM
Beliau ni boleh kategori sbg retis lg ke?
Quote prince_marhaen 20-2-2023 06:18 PM
...Saya tak pandai bertukang, sebab saya tiada ayah...


pastu? main anak patung? ehehehe.. alahhh semua nak reveal pekung keluarga memasing... nak limelight ye punnn..
Quote bondeh 20-2-2023 06:51 PM
Dia nih masa sekolah geng2 bad boy tapi dia budak baik. Meolls ingat dia join kelab kompang sekolah. Kawan2 lain join pancaragam.
Quote dudaberhias 20-2-2023 06:54 PM
bertukang tu takyah tunggu ayah dik oiii... kebanyakan jejantan sekarang bukan semua reti bertukang walaupun dah jadi atok orang... melainkan ayah kau tu kontraktor dikkkk...

tu skill yang kita kena belajar sendiri... tengok je youtube atau pergi kelas kemahiran... kat sekolah pun ada je ajar, tapi maybe kita terlupa....

kaka pun tengok youtube je yach nak drill dinding... tu pun rasa dah power sangat dah padahal sekali tu je aku drill... bertahun2 kemudian tak pegang2 dah drill tu....
Quote Adrif 21-2-2023 05:17 AM
faham.. tapi mengusik jiwa dan emosi. tak mau flashback sekali

ada mat saleh yang buat youtube channel untuk situasi macam ni. untuk orang yang takde bapak nak ajar bertukang bagai

Dad, how do I?

Quote Suchi 21-2-2023 07:37 AM
Betul je apa dia kata, dia anak mangsa penceraian tentunya tak suka bila dengar pasal isu2 camni.
Sbb penah lalui rasa sakit tu lagi plak kecik lagi dah tak rasa kasih syg bapa.
Kalau bapak dia cuma bercerai je ngn mak dia tahanla lgi ni dgn anak2 pun dia “bercerai” juga.

Hat ada bapak kat umah tp tak berfungsi mcm bapa pun dah cukup terseksa ini kan plak yg bapa masih hidup tp mcm dah meninggal.
Terus lupakan anak2 lepas bercerai. Nafkah apa pun tak bagi apatah lagi kasih sayang.
Menda ni akan kekal dlm ingatan anak tu sampai dewasa.
Bila ayah tu ninggal anak tu pun keliru ngn perasaan sendiri sedih rindu dgn ayah tu ke atau dengan kasih syg yg dia tak penah dapat.
Quote ninja boy 21-2-2023 08:26 AM
Oklah tu dtg dari family broken dan perbaiki sistem keluarga ajar anak jadi org. Ada ja family x broken tapi anak bini nampak terbiar x habis sekolah jadi penagih dadah buat masalah   
Quote Skyline_84 21-2-2023 08:27 AM
Tgk je la youtube...
Quote shida81 21-2-2023 08:30 AM
Yg ada bapak ni pun ramai je x tau bertunang dek....
Jantan x guna ada ke x sama je... Menyusahkan anak bini..
Mujurla mak ko tgglkan bapak ko
Klu stay Ntah2 mak ko kene bantai.. Kn tanggung smua belanja umah
Quote rosedemon 21-2-2023 08:53 AM
blajar sndiri la bam waghihhh
Quote dang_anom 21-2-2023 09:01 AM
bondeh replied at 20-2-2023 06:51 PM
Dia nih masa sekolah geng2 bad boy tapi dia budak baik. Meolls ingat dia join kelab kompang sekolah. ...

Hi Cochranean!
Diberr..hahaha
Quote aammyy 21-2-2023 09:09 AM
Edited by aammyy at 21-2-2023 09:10 AM

I pernah tengok cerita matsaleh psl benda ni. Labor Day tajuk dia. Criminal tu hiding kat rumah dorang. Dia perasan rumah tu teruk sgt. Dia tolong buat, tp budak laki tu tak tau apa2 (dia mintak barang dlm toolbox). Bapak budak tu ada perempuan lain.

Anyway, mmg la tak semestinya lelaki kena tau semua. Tapi basic kena ada. Macam perempuan la. Paling2 masak nasi, goreng telur kena tau la. Ada ja lelaki yg tak minat bertukang, jenis suka berkebun.
Quote babynina30 21-2-2023 09:15 AM
bondeh: Dia nih masa sekolah geng2 bad ...
bondeh: Dia nih masa sekolah geng2 bad ...



Kaka bondeh boleh tlg clarify tak umo heols
Sbb setau i dia sama kelas dgn abang i dlu masa darjah 2, sebelum pndh ke Negori Sembilan

Abang i tu bor  1985. Si wareh ni plak dh betaun2 i google, menten 35 je umo nye, tak begerak2. Udah mcm nekta
Quote KamikuP 21-2-2023 09:53 AM
Kat YT ada tunjuk cara bertukang warihh oii.. cara2 nak bersenggama pun ado yo
Quote bondeh 21-2-2023 12:35 PM
dang_anom replied at 21-2-2023 09:01 AM
Hi Cochranean!
Diberr..hahaha

Quote bondeh 21-2-2023 12:43 PM
babynina30 replied at 21-2-2023 09:15 AM
Kaka bondeh boleh tlg clarify tak umo heols
Sbb setau i dia sama kelas dgn abang i dlu masa darja ...

Hahahah nekta takleh terima hakikat udah taraf nenek.

Warih nih masa meolls upper 6 heolls form 5 tahun 2006. Makanya heolls lahir 1989. Ke dia dari kelas lembab plak erk kalau dia sebaya abang chuolls yang lahir tahun 1985, macam terkebelakang pulek
Quote Nurul8001 21-2-2023 12:53 PM
Edited by Nurul8001 at 21-2-2023 12:56 PM

Korang ni kenapa, kerja nak menyindir je. Betul la apa yg waris cakap tu. Tanpa kehadiran ayah beri kesan yang besar dlm hidup dia. Bertukang apa bagai tu, contoh je. Tapi yg sebenarnya, rasa kehilangan tu.

Org forem ni acah good2. Semua nak dikecam. Busuk hati. Semoga waris, isteri n anak2, aman2 je ye. Dan dapat mengharungi dugaan(kalau ada), dengan baik
Quote Managerara 21-2-2023 12:56 PM
Suchi replied at 21-2-2023 07:37 AM
Betul je apa dia kata, dia anak mangsa penceraian tentunya tak suka bila dengar pasal isu2 camni.
Sb ...

Kan..ayah aku pun tak berfungsi, sebijik mentol, sebatang paku pun die xpenah tanam dalam dinding. Semua aku anak sulung perempuan yg buat..cat dinding, beli perabot, beli gas, tukar langsir..

Pelik aku laki tak berfungsi ni..
Quote kechikchomel 21-2-2023 12:58 PM
dudaberhias replied at 20-2-2023 06:54 PM
bertukang tu takyah tunggu ayah dik oiii... kebanyakan jejantan sekarang bukan semua reti bertukang  ...

ayah iolss pandai repair machine, wiring, bab2 letrik ni la.
tapi dia tak pernah ajar adik lelaki iolss.
sebabnya orang dah tau dia pandai repair, orang selalu panggil dia repair. nak tolak tak sampai hati.
last2 penat.
dats y dia tak nak adik iolss camtu.


Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045197 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top