CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hun Haqeem Peluk Wanita Bertudung, Siapa Tu?

20-2-2023 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3210| Komen: 16

Aksi spontan Hun Haqeem yang sedang berjalan di karpet merah bagi acara promosi drama bersiri Nenek Bongkok Tiga dan memeluk wanita yang berada di tempat peminat bahagia tepi mengundang pelbagai reaksi.


Video yang dimuat naik di Tik Tok oleh pengguna media sosial itu memperlihatkan pelakon kelahiran Sarawak berkenaan secara tiba-tiba salam dan memeluk seorang wanita bertudung.

Malah kapsyen pada video yang dikongsikan akaun berkenaan turut berpesan agar pelakon berusia 25 tahun itu tidak menggatal.

Foto: IG

"Kau gatal siap kau," tulis pengguna media sosial itu.

Bagaimanapun netizen akhirnya menarik nafas lega apabila mengetahui wanita yang dipeluk Hun itu adalah kakaknya sendiri.

Kakak kepada Hun dikenali sebagai Nureen Qistina adalah pemain gitar untuk kumpulan Xpose Band.




Hun kini menjayakan rangka promosi drama bersiri berkenaan yang turut menampilkan Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar, Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane.

Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, watak yang dibawanya kali ini lebih berat berbanding dengan watak yang pernah dibawa menerusi drama rantaian televisyen.



"Kali ini saya fokus dalam memilih watak yang lebih berat dan saya ingin penonton mengikuti dan menikmati perjalanan setiap watak seperti mana pelakon lain lakukan.


"Saya dan pelakon lain akan duduk berbincang dan mencari inisiatif untuk membezakan watak yang kami bawa. Watak Zamir ini agak misteri dan itulah apa yang saya cuba sampaikan," katanya. -CARI

Sumber:Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 20-2-2023 05:18 PM
kitew dah tengok awak punyerrrrr
Quote akuHavocczz 20-2-2023 05:20 PM
dia ni rambut pendek kacak betol. tolong lah jangan simpan rambut panjang
Quote Shahman86 20-2-2023 05:23 PM
akuHavocczz replied at 20-2-2023 05:20 PM
dia ni rambut pendek kacak betol. tolong lah jangan simpan rambut panjang

Lebih suka tgk badan dia beisi sikit.skg ni dia mcm kurus.
Quote iraizz 20-2-2023 06:31 PM
Itu kakak hun la..
Quote iraizz 20-2-2023 06:32 PM
akuHavocczz replied at 20-2-2023 05:20 PM
dia ni rambut pendek kacak betol. tolong lah jangan simpan rambut panjang

Betul betul betul... Setuju
Quote Madel 20-2-2023 06:38 PM
Muka herlok tapi sayang agak bantut
Quote dudaberhias 20-2-2023 06:44 PM
kaka ok je... mujur yang heshe peluk tu cikki...

cuba kalau di peluknyaaa tu nazimah othmanina dan seangkatan...

nampaknya terpaksa lah kaka ubah prinsip diri ini dan ngefan hero2 rhoper kelindan lori, pembancuh simen rumah dengan pembajak bendang... kurang2 jantan betul walaupun rupa lagi berair nengok binatang kat TV... dari hujung2 kalau kahwin... terkejut beruk tika malam jumaat nampak laki dok menonggeng kat sebelah...
Quote woven11 20-2-2023 06:49 PM
Kakak dia.. heols ni lagi talented dan lagi comel dari merqeen.. tapi merqeen yg mendonia di indonesia.. belum rezki heols
Quote LadyCarefree 20-2-2023 11:38 PM
lahai hakeem katek
Quote Themilo 21-2-2023 07:47 AM
dudaberhias replied at 20-2-2023 10:44 AM
kaka ok je... mujur yang heshe peluk tu cikki...

cuba kalau di peluknyaaa tu nazimah othmanina dan  ...

pekat, likat sis
Quote Suchi 21-2-2023 08:16 AM
Muka dia mmg mcm org sarawak
Selalu keliru dia ngn merqeen tu rupa lebih kurang
Jenis mata sepet, muka ala2 belah borneo laa
Quote rosedemon 21-2-2023 08:51 AM
ok la tp xleh lawan si merqen
Quote iraizz 21-2-2023 09:40 AM
Suchi replied at 21-2-2023 08:16 AM
Muka dia mmg mcm org sarawak
Selalu keliru dia ngn merqeen tu rupa lebih kurang
Jenis mata sepet, mu ...

Dia memang orang saraeak pun mak dia kot asal sana
Quote Olumis 21-2-2023 11:40 AM
Duhhh... spoil betul gambar tu. Geli nampak gigi berbraces senyum lebar macam tu
Quote lasagna 21-2-2023 12:02 PM
oooooo baru tau dia sarawakian..
Quote Hoola 21-2-2023 12:21 PM
peluk kakak xhajakkk achikhoola joinsss

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.040035 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top