CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Jangan Mudah Tergugat Dengan Kehadiran Pempengaruh Media Sosial' – Nadia Brian

20-2-2023 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 899| Komen: 6

Nadia Brian yakin kedudukan anak seni berbakat tidak tergugat dengan kehadiran pempengaruh media sosial yang mula meneroka peluang dalam industri hiburan.

Utusan melaporkan, aktres berusia 32 itu berkata, walaupun segelintir pihak berpendapat kehadiran mereka mula ‘memakan’ ruang dan peluang anak seni sebenar untuk menyerlah, situasi itu bukan sesuatu yang perlu digusarkan.



IG

“Kita kena faham, benda tular selalunya tidak lama. Sebagai anak seni, jangan mudah tergugat dan anggaplah situasi itu sebagai peralihan dalam industri hiburan yang perlu diterima.

“Sekarang, semua benda di hujung jari.Tetapi, sebagai anak seni yang bekerja atas nama bakat dan ilmu, usah bimbang. Saya percaya rezeki akan tetap ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Justeru, katanya artis perlu memastikan diri mereka kekal relevan, tidak tenggelam.


IG

“Tidak boleh ada stigma kehadiran kelompok tertentu akan menggugat kelompok sedia ada. Bagi saya, bila kita fikir dan menerimanya secara positif, ia akan menjadi positif.

“Benda yang tular biasanya bersilih ganti. Kalau kita percaya pada bakat dan ilmu yang diraih sepanjang menjadi anak seni, usah bimbang sebab rezeki pasti ada.

“Industri perlukan mereka yang berbakat dan jangan sia-siakan kelebihan yang ada. Insya-Allah, akan ada masa dan peluang untuk kita menyinar,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 20-2-2023 05:53 PM
Ermmm... Katanya sebab influencer sauk je wlupon payment rendah asalkan dapat exposure
Quote slyfynx 20-2-2023 06:09 PM
“Sekarang, semua benda di hujung jari.Tetapi, sebagai anak seni yang bekerja atas nama bakat dan ilmu, usah bimbang. Saya percaya rezeki akan tetap ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Hmmm, masalahnye ramai je yang x memiliki salah satu, or kedua-duanya
Quote Aneem 20-2-2023 09:51 PM
Sebab kau pun sama2 menumpang limelight pempengaruh jugak
Konon nak buat hoax bercinta dgn pempengaruh untuk naik rating
Takat mamat tu toksah mimpi le nama kau nak naik
Dia pun sama2 suam beku
Quote dudaberhias 20-2-2023 10:14 PM
kau pun sama menumpang pempengaruh dan gigih join2 geng pempengaruh kehulu kehilir event sana sini...

sama je nak sauk spotlight deorang... cumanya dah kertu dan muka makin tua, biasa la kekurangan job sudah... mesti lah banyak bunyi...

retis2 zaman 50an dulu pun sama jugak bising waktu era 2000 sebab job sendu... job semua dah kena hambik artis muda... itulah masa job banyak kehulu kehilir habiskan duit bagai tak ingat dunia macam akan kekal kaya sampai 10 keturunan makan tak habis... hujung2 dah kertu ni marah2 pulak orang muda ambil tempat kau...

dah tahu kerja ada expired date pandai2 la saving, invest dan jaga duit... ni kehulu kehilir la nak tayang lavish lifestyle hujung2 merempan takde job...
Quote nakkomenjugak 21-2-2023 12:20 AM
well what goes around comes around
dulu ko muda2 sauk job sekarang yang muda2 ambik job kooo
ini entertainment industry Malaya sissssss
you in today, you out tomorrow gitchewwww
Quote DeLuna85 21-2-2023 12:54 AM
Sebab  influencer dah ada follower sedia ada. Tu yg syarikat rakaman kejar sgt tu. Nak naikkan viewer. Bakat belakang cerita.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.032044 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top