CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pertuduhan Rasuah: Zizie Izette Dan Bung Mokhtar Bela Diri 15 Jun Ini

20-2-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 952| Komen: 9

Keterangan bela diri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad terhadap pertuduhan rasuah melibatkan pelaburan RM150 juta wang Felcra, akan didengar oleh Mahkamah Sesyen di sini bermula 15 Jun ini.


Meskipun pendengaran rayuan di Mahkamah Rayuan belum ditetapkan, Hakim Rozina Ayob `menyekat’ dahulu tarikh-tarikh perbicaraan kerana kes itu yang didaftarkan pada 2019, diklasifikasikan sebagai kes lama.

Di Mahkamah Rayuan, Bung Moktar dan isteri merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan.


Foto: Kosmo

“Kes ini lama, tahun 2019, kita tidak mahu kes ini terabai. Jadi saya terpaksa `block’ tarikh-tarikh perbicaraan bagi mengelakkan dari mahkamah penuh,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau menetapkan keterangan Ahli Parlimen Kinabatangan dan isterinya didengar selama 13 hari pada Jun dan Julai ini.


Tarikh-tarikh pada bulan Jun ialah 15, 16, 26 dan 27 manakala bulan Julai pula pada 10 hingga 14 manakala tarikh lain pada 20, 21, 24 dan 25 Julai.

Hari ini ditetapkan untuk sebutan bagi mengetahui perkembangan rayuan kedua-duanya di Mahkamah Rayuan. Rozina menetapkan satu lagi sebutan pada 27 Mac ini.

Terdahulu, peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar memaklumkan setakat ini Mahkamah Rayuan belum ditetapkan tarikh pendengaran rayuan pasangan itu.

Beliau berkata, Mahkamah Rayuan masih menunggu rekod rayuan termasuk penghakiman bertulis dan nota keterangan daripada Mahkamah Tinggi.

Athimulan turut memaklumkan, pihak pembelaan akan mengemukakan keterangan enam saksi termasuk Bung dan Zizie Izette dan masih menimbang sama ada untuk menyediakan pernyataan bertulis ketika perbicaraan kelak. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-2-2023 03:43 PM
Dah makin buruk kepala ko Bung. Fadan moka dah takda jawatan hapa2.
Quote MisXoXo 20-2-2023 07:38 PM
Konpem lepas..tgk r
Quote Katanya 20-2-2023 10:36 PM
MUA TAK MALU!!!
Quote dudaberhias 20-2-2023 10:41 PM
aik haritu kemain ikan kering tu naik wheelchair... ni herlokk plak berjalan...

yang pasti acik jiji kemain shade haritu... ikan kering sabah tengah naik wheelchair kat belakang... dia jenjalan sambil catwalk kat depan... yang tolak orang lain... dia posing2 lagi depan camera gitteww hahahaha... takpelah janji komisyen berkepuk2 agittewww...
Quote dudaberhias 20-2-2023 10:43 PM
dua_chzy replied at 20-2-2023 03:43 PM
Dah makin buruk kepala ko Bung. Fadan moka dah takda jawatan hapa2.

si acik komisyen tu pun kat dahi dah nampak tumbuh2 jerawat macam orang tengah berpantang lepas beranak...
cash gittew kan... haritu mekap2 macam bapok ingatkan flawless dah kulit... rhopernya kena grinding pakai grinder bengkel besi lagi yach nak bagi floles....



Quote rogayahtop 21-2-2023 07:01 AM
ala cian kak zizie. stress agaknya tu. lepas dah selesai nanti kalau tak berangkut naik jeep pegi sg buluh bolehla pergi mexico lg bawak maid & anak2 lg..

Quote 3chanceno 21-2-2023 08:26 AM
Nie baru 1 kes naik court macam sukar nak percaya cuma ada 1 kes je..semuga kes tak disapu bawah karpet
Quote rosedemon 21-2-2023 08:49 AM
si acik zizie tu ttap dgn life lavish dia
Quote imrb 21-2-2023 09:58 AM
semoga ke dalam. sorilah anwar tak campur urusan mahkamah org. banyak lagi kerja dia.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.032325 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top