Komen Shuib Sepahtu di hantaran kekasihnya, Watie Hanifiah di Instagram menarik perhatian ramai. "Yang ini, tak boleh 'swipe', kena 'like',". Tidak hanya itu, komen itu juga disertakan dengan emoji hati, sekaligus mencuri tumpuan ramai netizen terutamanya, peminat mereka. Watie bagaimanapun hanya membalas komen itu dengan ketawa serta emoji.
Komen Shuib itu mendapat lebih 500 'like' dan reaksi balas daripada netizen untuk gambar Watie yang berbusana hitam dan kelihatan sedang menolak kereta sorong kanak-kanak. "Bawa baby Ayash (Ayash Affan) ke tu?" tulis satu netizen. "Moga ada jodohnya. Amin. Yang baik-baik untuk anak-anak dan Shuib juga," tulis satu netizen.
"Ala, 'sweet'. Lama tak tengok Abang Shuib gembira dan bahagia. Yang lalu, biarlah berlalu dan menjadi kenangan indah. "Yang di hadapan, diteruskan demi kelangsungan hidup. Akak doakan Shuib dipermudahkan urusan dunia akhirat, bahagia bersama anak-anak dan keluarga," tulis satu netizen yang lain.
Terdahulu, Shuib menafikan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Mac hadapan. Malah, Shuib menegaskan enggan membelakangi keluarganya dalam sebarang keputusan yang diambil. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|