Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian kebakaran bangunan 12 tingkat di Dhaka. BERNAMA melaporkan, sekurang-kurangnya tujuh jentera bomba berada di tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran di tingkat enam di bangunan yang terletak di kawasan diplomatik Gulshan Dhaka, lapor Xinhua. Bagaimanapun, punca kebakaran kira-kira 7 malam waktu tempatan itu belum dapat dipastikan dan pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden. Difahamkan, berpuluh-puluh mangsa terperangkap di dalam bangunan itu dipindahkan. - CARI |
ADVERTISEMENT