Bukan Hairul Azreen sahaja, pelakon Fazreen Rafi juga pernah menjalani pembedahan pada bahagian lutut (ACL). Fazreen menerusi Instagram berkongsi, dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan sama menggunakan tendon mayat dan adalah mustahil untuk terus boleh berjalan dengan baik sejurus menjalani prosedur itu. Dia yang memuji kesungguhan Hairul cuba berjalan sebaik selesai menjalani pembedahan, turut menasihatkan rakan artisnya itu untuk berehat secukupnya sepanjang tempoh pemulihan.
|
ADVERTISEMENT