21 penumpang berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka hilang kawalan, menjunam ke dalam gaung di daerah Reasi, Jammu, India. Difahamkan, kejadian 12.30 tengah hari (waktu tempatan) pada Sabtu itu berpunca akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan di selekoh.
Menurut jurucakap polis yang dipetik Majoriti, kesemua penumpang ketika kejadian, dalam perjalanan menuju ke kuil Shiv Khori untuk menyambut perayaan Maha Shivratri, iaitu perayaan bagi menyambut perkahwinan antara dewa Shiva dan Parvati. “Disebabkan kemalangan itu, dua meninggal dunia manakala 19 lagi cedera. Kesemua mangsa cedera dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Jammu untuk mendapatkan rawatan - CARI
|
ADVERTISEMENT