Seorang wanita mendapati suami yang dipercayai selama ini tergamak menjalinkan hubungan sulit dengan ibu mentuanya sendiri iaitu ibu kandung isteri. Tampil meluahkan menerusi media sosial, Husna Aish memaklumkan, perkara tersebut hanya terbongkar ketika dia bangun pada awal pagi untuk membancuh susu anaknya.
Depan matanya dia melihat si suami dan ibunya sedang berasmara. Husna akui sangat terkilan dengan apa yang berlaku namun dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai bukti. "Saya dari keluarga yang toksik dan ibu ayah saya dah bercerai. Saya anak tunggal, tak ada tempat mengadu. Saya suri rumah, tak mampu nak menyewa jadi saya tinggal dengan ibu. "Ya, bertahan memang seksa tapi kalau cerai anak pula dapat dekat dia. Saya hidup sekarang pun sebab anak. Saya ada plan nak buat kerja dari rumah sambil jaga anak. Tapi modal tak ada, tak pasti nak buat bisnes apa."
Dia mengakui tersepit dengan situasi tersebut memandangkan dia sangat sayangkan ibu serta rumah tangganya namun dalam masa yang sama, dia akui bimbang anak perempuannya itu membesar dalam situasi sedemikian. -CARI
|
rogayahtop replied at 20-2-2023 02:06 PM
Akak cadangkan sis husna pasang hidden cam kat rumah, lepas tu buat onlyfans jual je video2 mak uol ...
ADVERTISEMENT