CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Teruja Pergi Umrah Kayangan RM35 Ribu Bersama Suami Dan Anak, Lepas Ini Ada Pakej RM200 Ribu Pula

20-2-2023 11:18 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 24905| Komen: 266|Original author: Saiful

Puas dihentam sana sini disebabkan terlibat dengan pakej umrah harga kayangan RM35,000, Neelofa akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.

Kata Neelofa pakej berkenaan sangat berbaloi dengan perkhidmatan ditawarkan syarikat Omrah Travel Sdn Bhd.


Foto: IG

“Susah nak jelaskan satu persatu apabila ada yang mempertikaikan harga terlalu tinggi kecuali jika mereka sendiri dapat merasakan pengalaman dengan pakej tersebut.

“Malah ada keluarga terdekat yang bercakap perkara sama. Sebab itu dalam perkongsian sebelum ini saya cuba terangkan perkhidmatan tersebut. kalau hendak dibandingkan ada pakej lain dengan perkhidmatan sama menelan belanja lebih RM50,000.

“Saya sudah beberapa kali ke sana dan mengikuti pakej ini. Memang memudahkan dengan jarak antara tempat penginapan dan masjid sangat dekat. Tambahan pula bagi kaum wanita, ia lebih mudah untuk ulang-alik ke masjid,” katanya kepada mStar.




Neelofa akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Khamis ini bersama suami dan anaknya, termasuk 50 orang jemaah lain yang telah berdaftar.

“Mestilah gembira kerana dapat bawa anak bersama. Kami dapat mencipta satu memori bersama keluarga di sana nanti.

“Sebagai ibu saya sudah pastikan Bilal mendapat suntikan vaksin. Sebelum berangkat segala ubat-ubatan untuk anak sudah disiapkan kerana kita tahu di sana terdedah dengan ramai orang dari pelbagai negara."



Bercakap tentang penglibatannya dalam pakej berkenaan, Neelofa dan suami akan turut mengadakan sesi majlis perkongsian ilmu bersama jemaah sebagai salah satu aktiviti pengisian di sana.

“Saya ini tidaklah banyak ilmu, tetapi bolehlah berkongsi serba-sedikit. Majlis ilmu tersebut akan di adakan di sana sebagai satu pengisian pakej umrah kami."




Sementara itu menurut Pengerusi Eksekutif Omrah Travel iaitu Datuk Ahmad Tajuddin Idris, pihaknya juga merancang untuk membuka tawaran pakej VVIP berharga RM200,000 di mana perkhidmatan yang ditawarkan lebih eksklusif. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 20-2-2023 11:33 AM
Apabila agama didagangkan...
Quote prince_marhaen 20-2-2023 11:33 AM
nak bonggah bonggah pergi travel oversea negara lain tak dapat..bini Jah kontrol... Jah pergi omrah je lah eh... tu pun sponsor sebab duta.. hehehehe
Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 11:39 AM
harap sheol perbaiki dressing tu...niqab,tapi ......
Quote shernazz 20-2-2023 11:45 AM
Tolong lah
Jangan tiru najanirah
Kau pakai je jubah elok2..
Tudung pung nampak bahu..

Rasa.cm.nak dengar lagu bahu ke bahu plak..
Quote ezacbee 20-2-2023 11:49 AM
pakej VVIP berharga RM200,000


Dah cam g haji.
Quote Moyangkucing 20-2-2023 11:57 AM
Lopak kalau pi umrah ni jangan la upload gambar ya.
The world don't want to see you...
please walk the talk okay?

btw, lopak laki bini gi umrah ni free ka? as a duta?
Quote sphinx 20-2-2023 11:58 AM
shernazz replied at 20-2-2023 11:45 AM
Tolong lah
Jangan tiru najanirah
Kau pakai je jubah elok2..

Naja tu kurus...tinggi jugak..jadik pakai apa pun nampak terletak ...
Jah kena sedar diri...kena berpakaian ikut ketinggian/kesesuain badan..boleh je dia pergi outer jubah2 tu..nampak la elok sikit.
Quote Tudungpink 20-2-2023 11:59 AM
Anak dia tu memang content dia kan..
Quote miszclassique 20-2-2023 12:01 PM
Tunjuk perhiasan gelang2 tu apa function eh
Niqobis mana boleh menunjuk, yihhhhh
Quote Zaien 20-2-2023 12:01 PM
sphinx replied at 20-2-2023 11:58 AM
Naja tu kurus...tinggi jugak..jadik pakai apa pun nampak terletak ...
Jah kena sedar diri...kena b ...

nanti laki marah nmpk bentuk2.. ehhh huhuhuh
Quote hannan_rayyan 20-2-2023 01:11 PM
yg gambar baju hijau dengan seluar ke skirt hijau gedoboh bersama anaknya tu kasut sport ke dia pakai warna hitam tu, walaupun mungkin kasut dior ke chanel ke apa high brand pun tapi kelakau lak tak kena dengan pakaian and occasion, byk lagi sport shoes or flat shoes yg selesa dan lawa
Quote rogayahtop 20-2-2023 01:22 PM
huntongla umrah bersama pu bebird
Quote Piramida 20-2-2023 01:53 PM
Yezzaa.. Akhirnya bkn auta propa. Setelah lama pemenat2 menunggu.. Akhirnya berangkat juga Jah Bungkus ke tanah erebbb sana.
Quote awex^returns 20-2-2023 02:03 PM
shernazz replied at 20-2-2023 11:45 AM
Tolong lah
Jangan tiru najanirah
Kau pakai je jubah elok2..

naja tu kecik molek tak nampak gabak pon pakai baju labuh
pastu najah tak pakai kasut tongkol pon
tak perlu berniqab 24 jam tapi niqab sengkat nampak leher cakap jah
Quote MatDeghem 20-2-2023 02:18 PM
Moyangkucing replied at 20-2-2023 11:57 AM
Lopak kalau pi umrah ni jangan la upload gambar ya.
The world don't want to see you...
please walk  ...

11.jpg














tapi gambor2 di atas semua sebelum 2023.... sekarang Jah dah berubah kot.






Quote winky1 20-2-2023 04:29 PM
Depa ni nak buat umrah atau nak enjoy  buat content...
Quote tadika_action 20-2-2023 04:35 PM
50 orang mana yg hadap taksub sangat berumrah dgn pasangan penunggang agama ni. UntunG  berapa kau dapat sekepala?
Quote Aneem 20-2-2023 04:43 PM
50 org je?
Benak2 lain tak sempat kompol duit ke?
Tak kerok duit epf?
Quote Manusiabesa 20-2-2023 04:45 PM
Larat ek ngndung2 p umrah..xmuntah alahan pulak dia.

Lihat semua komen(266)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.081352 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top