CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Indonesia Dan Thailand Paing Banyak Curang, Orang Malaysia Paling Setia

20-2-2023 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 513| Komen: 1

JAKARTA – Indonesia menduduki tempat kedua selepas Thailand yang mana rakyatnya paling ramai curang terhadap pasangan mereka berdasarkan kaji selidik aplikasi Justdating, lapor portal berita Lampungpro.co hari ini.


Hasil kaji selidik itu menunjukkan bahawa 40 peratus kaum lelaki dan perempuan di Indonesia mengaku pernah curang dan mengkhianati pasangannya, manakala Thailand berada di tangga pertama dengan 50 peratus responden mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, hanya 30 peratus pasangan di Taiwan dan Singapura yang mengaku curang manakala Malaysia mendapat jolokan sebagai negara paling setia.


Gambar Hiasan

Ini adalah kerana hanya 20 peratus responden di negara berkenaan mengaku pernah curang terhadap pasangan masing-masing, demikian menurut kaji selidik tersebut.

Kajian itu menunjukkan bahawa kaum lelaki di Indonesia menganggap perbuatan curang hanya berlaku apabila pasangan mereka keluar dengan kekasih lain.


Bagaimanapun, bagi golongan wanita di negara tersebut, mereka menganggap perbuatan tersebut berlaku jika jika pasangan mereka berinisiatif mahu berkenalan atau menghantar pesanan kepada wanita  lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-2-2023 08:31 AM
entah ahape2 punya kajian, spe la yg bodo buat kajian entah bodo tpuih

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.048759 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top