CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Disahkan Sakit Mental Sebab Kerap Paksa Anak Kahwin Sampai Tak Boleh Tidur

20-2-2023 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 871| Komen: 5

Seorang ibu disahkan mengalami masalah kesihatan mental oleh pakar psikiatri kerana tabiatnya yang suka memaksa anaknya berkahwin.

Ia selepas wanita dari wilayah Henan, China  itu terlalu prihatin hingga membawa anak lelakinya berusia 38 tahun berjumpa pakar psikiatri setiap kali Tahun Baru Cina.


Menerusi video yang tular, lelaki bernama Wang memberitahu tidak pernah membawa pulang teman wanitanya untuk Tahun Baru Cina.


Foto: India Times

Berikutan itu, ibu Wang yakin ada sesuatu yang tidak kena padanya.

Pada 4 Februari lalu, Wang sekali lagi dibawa ke Hospital Psikiatri wilayah Henan.

Selepas beberapa kali sesi, doktor memberitahu Wang tidak mempunyai penyakit.

Sebaliknya, doktor memaksa ibunya diperiksa sebelum mendapati dia mengalami gangguan mental 'memaksa anak berkahwin'.

Dalam perbualan dengan Beijing News, Wang mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pelakon dan kini menjadi jurulatih tenis malah sudah menetap di Beijing selama lebih sedekad.


Wang menjelaskan mengapa dia mengikuti obsesi aneh ibunya.

"Saya sangat sibuk dan belum bertemu orang yang betul.

"Ibu saya tidak boleh tidur kerana saya belum berkahwin, jadi saya berasa agak kecewa," katanya.

Wang juga mendedahkan di kampung halamannya, dia terkenal sebagai lelaki bujang yang sangat tua.

Perjuangan Wang menyentuh banyak hati apabila rakyat di China bersatu ketika mereka bercakap mengenai tekanan dihadapi daripada keluarga supaya berkahwin secepat mungkin.

Tekanan untuk berkahwin mencapai kemuncak apabila Tahun Baru Cina tiba dan anak muda pulang ke kampung halaman mereka untuk melawat keluarga mereka. -CARI

Sumber: mStar/ India Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 20-2-2023 11:00 AM
Quote Bawang123 20-2-2023 10:23 PM
Rupa²nya inilah masalah macik-macik bawang di melesia. Sakit mental rupanya..
Lagi teruk, bukan takat risau anak org lain tak kawen lagi, risau juga apesal orang yg dah kawen 2 hari tak mengandung lagi, pastu risau pulak org yang ada anak sikit taknak tambah anak ke, then jumpa pulak dgn org anak ramai risau pulak bila nak stop beranak...
Fuhh... Dari mental boleh jadi psycho.
Quote makita 20-2-2023 10:30 PM
Bawang123 replied at 20-2-2023 10:23 PM
Rupa²nya inilah masalah macik-macik bawang di melesia. Sakit mental rupanya..
Lagi teruk, bukan tak ...

Tu la...nampak nya kita dah jumpa puncanya
Quote acik79 21-2-2023 12:53 AM
Bawang123 replied at 20-2-2023 10:23 PM
Rupa²nya inilah masalah macik-macik bawang di melesia. Sakit mental rupanya..
Lagi teruk, bukan tak ...

Aduh pedih makcik bawang baca komen ko ni
Quote rosedemon 21-2-2023 08:26 AM
ce ko cek acik2 mlysia ni pon byk mental

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.064398 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top