Nama pelakon Hafidz Roshdi yang sudah lama berumah tangga kini menjadi bualan netizen kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan orang ke-3 iaitu Athira Yuhada. Terbaru kecoh lagi di media sosial apabila wanita itu kononnya didakwa bekas kekasih kepada Hafidz ketika di bangku sekolah dahulu. Memetik portal hiburan BeautifulNara, ibarat cinta berputik kembali, netizen mendakwa Hafidz juga pernah jatuh sakit gara-gara patah hati kerana putus dengan wanita itu sebelum berkenalan dengan isterinya kini ketika di Universiti. Malah, ada juga yang meninggalkan komen yang mengatakan wanita berkenaan dan Hafidz pernah berjanji untuk berjumpa kembali selepas mempunyai kerjaya masing-masing.
Berikutan itu, ramai netizen beranggapan kedua-duanya tak ‘move on’ meskipun salah seorangnya sudah berumah tangga malah mempunyai anak pula. Dalam pada itu, ada netizen terutamanya yang bergelar isteri juga tampil meluahkan rasa cuak dan akan lebih berhati-hati jika ada ‘reunion’ zaman sekolah dan universiti kerana bimbang cinta berputik kembali. Terdahulu, Athira tampil memohon maaf secara terbuka kepada anak-anak pasangan berkenaan iaitu Humaira dan Umar. Athira juga mendedahkan bahawa Hafidz cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu dan dia sudah sedaya upaya mengelak namun keadaan kesihatan mental pelakon itu membuatkan dia rasa simpati. - CARI |
Inigo-Montoya replied at 19-2-2023 05:45 AM
cuba elak tp sb simpati so layankan jua??ko kesahkan dia mental ke x nape noks..dia ada bini yg bole ...
margo20 replied at 19-2-2023 01:29 PM
Dh tu ngape tak kawen je dgn ex kau? Pegi hancurkan hidup org lain pulak
syimal replied at 19-2-2023 01:40 PM
Byk kejadian mcm nie... contoh akula.. time sekolah dulu mmg ramai peminat, tapi boh layan...tapi se ...
ADVERTISEMENT