Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial kononnya isteri kedua kepada pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar didakwa hamil namun berita itu seolah-olah khabar angin semata-mata gara-gara kelibat wanita itu dilihat lasak bermain permainan ‘indoor’ di sebuah pusat rekreasi. Terbaru, tiada angin tiada ribut, muncul dakwaan baru yang menyatakan Ira Kazar melarang Syamsul Yusof untuk bertemu anak-anak, Syaikhul dan Sumayyah. Satu video di aplikasi TikTok daripada seorang wanita menjadi tular kerana mendakwa Ira sudah ‘tunjuk belang’ apabila melarang Syamsul bertemu dengan anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah.
“Hai, Ira Kazar tak bagi Syamsul jumpa anak-anak. Berita yang barulah, aku pun tak fahamlah apa masalah dengan Ira ini. “Bagi dia, mungkin hak milik kekal, padahal sebelum itu suaminya milik siapa?” katanya. Malah, wanita itu meminta Ira yang kini mengandung supaya berfikir bagaimana jika ada orang buat seperti itu pada dirinya apatah lagi dia juga akan mempunyai anak suatu hari nanti. Berikutan tularnya video tersebut, kakak kepada Ira Kazar, Melor Kaza tampil menjelaskan mengenai isu tersebut. Malah, Melor juga memaklumkan pihaknya akan tindakan undang-undang kepada wanita itu kerana tuduhan tersebut disifatkan melampau. “Semua yang akak cakap ini semua fitnah tau. Tak ada siapa mengandung, tak ada siapa tak bagi jumpa anak. “Kita nak saman fitnah makcik ini. Maaf, ini dah melampau,” tulisnya. Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pelakon Puteri Sarah (isteri pertama) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu. - CARI |
AcikBuncit replied at 19-2-2023 04:58 AM
Ada duit ke ko nk byr lawyer nk saman akak ni? Haha dok diam2 jelah.. Redho jela korg skeluarga mmg ...
Inigo-Montoya replied at 19-2-2023 05:39 AM
Kenapa akak dia pulak yg nafi..tuan badan sendiri diam je ke?
adeqbun replied at 19-2-2023 07:24 AM
Ye..ai dr awal2 kes duk terpk org lain bergasak turun naik mahkamah..asal sol diam sgt2..buat stat ...
ADVERTISEMENT