Pelbagai reaksi diberi rakyat berhubung pelaksanaan sistem salinan lesen memandu dan cukai jalan secara digital menerusi aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan atau MyJPJ yang baru diperkenalkan kerajaan.
Memetik OMM, seorang lelaki baru-baru ini membuat keputusan untuk meronda di beberapa kawasan untuk mencari sekatan jalan raya atau ‘roadblock‘ bagi mencuba keberkesanan aplikasi tersebut. Tindakannya itu dikongsikan Ajiq Caster di aplikasi TikTok di mana dia memandu sambil melalui sekatan jalan raya sebelum ditegur penguatkuasa JPJ bertugas. Difahamkan, Ajiq yang telah menanggalkan pelekat cukai jalan kemudian memaklumkan penguatkuasa bahawa dia mempunyai aplikasi berkenaan sambil menunjukkan mod paparan digital dalam telefon bimbitnya sebelum dipuji anggota berkenaan kerana menyahut inisiatif Kementerian Pengangkutan. - CARI
|
ADVERTISEMENT