CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruterapi Kepit Kepala Kanak-kanak Autisme Disiasat

17-2-2023 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1471| Komen: 9

Kes seorang juruterapi mengepit kepala kanak-kanak menggunakan kaki ketika mangsa mendapatkan rawatan akibat masalah autisme di sebuah pusat perubatan di Depok baru-baru ini, kini dalam siasatan polis.


Utusan melaporkan, rakaman video di sebuah laman Instagram menunjukkan suspek melakukan perbuatan yang disifatkan sebagai penderaan.

Ketua Polis Metro Depok, Ahmad Fuady berkata, kejadian itu berlaku di Hospital Hermina Depok pada Selasa lalu sekitar waktu tengahari, lapor Kompas.


GAMBAR tular menunjukkan seorang juruterapi bertindak kasar kepada pesakit autisme ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Depok.-AGENSI

Difahamkan, mangsa yang menghidap penyakit Gangguan Spektrum Autisme (ASD) tiba di hospital berkenaan untuk menjalani terapi pertuturan.

Bagaimanapun, suspek sebaliknya melakukan perkara yang menyalahi tugasnya ketika memberikan terapi kepada mangsa yang baru berusia dua tahun.


“Ibu mangsa mahu mendapatkan terapi pertuturan untuk anaknya di hospital berkenaan tetapi juruterapi itu malah sibuk bermain telefon pintar dan tidak mengendahkan kanak-kanak itu.

“Suspek kemudian mengepit kepala mangsa sehingga kanak-kanak itu menangis dan meronta dengan begitu kuat tetapi suspek tidak merasa bersalah dengan perbuatannya kepada mangsa,” kata Ahmad.

Tambah Ahmad, polis kini sedang meneliti kes tersebut selepas berhubung dengan pihak hospital serta keluarga mangsa.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-2-2023 10:55 PM
Tengok dari atas pun dah tau buruk. Selalu ya yg gemuk, busuk, kepam, berkerak memang suka buli orang
Quote Adrif 18-2-2023 04:27 PM
typical abuser

dia kalau pekerjaan yang melibatkan bayi, kanak2, underage, atau mentally handicap patient, jangan ler biar sorang atau tempat tertutup

better ada 2-3 orang sebelah, atau sentiasa dipantau

kat Malaysia pun ada jenis macam ni. bila kerja dengan budak kecik, dah tak jadi manusia, terus jadi jin setan iblis semua lengkap

bila kantoi, tau pulak nangis merayu cium kaki mintak ampun. masa dia buat kat budak2 tu, takde pulak dia kesian. time ni, kita pulak persetankan permintaan dia. amik ko, amik ko
Quote Burong_Hantuk 18-2-2023 06:44 PM
Harap pihak polis cepat2 jalankn siasatan
Quote xtinkerbellx 19-2-2023 08:19 AM
Iols penah hantar anak pegi terapi sbb speech delay. Doc tu paksa anak iols merangkak atas bounce ball yg besar tu. Menggelupur anak iols menangis. Maybe method dia la kot [em:24:]
Quote Nabilarazak 19-2-2023 09:02 AM
Doa Agar Bebas Dari Hutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالْحَـزَنِ، والعَجْزِ والكَسَلِ، والبُخْلِ والجُبْنِ، وضَلَعِ الدَّيْنِ وغَلَبَةِ الرِّجَال

“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.“

HR. Bukhari: 7/158.


www.thenoor.co
Quote diss69 19-2-2023 09:10 AM
Kalau xsuka bdk² jngn laa kerja yg melibatkan deorang..sakit hati nengok,apa lagi parents deorang...
Quote Dwdrum 19-2-2023 09:43 AM
Edited by Dwdrum at 18-2-2023 05:46 PM
xtinkerbellx replied at 18-2-2023 04:19 PM
Iols penah hantar anak pegi terapi sbb speech delay. Doc tu paksa anak iols merangkak atas bounce ba ...


Method dari article guna seperti rawat pesakit psychiatric zaman dahulu... Torture mental pesakit
sangat inhumane...
Quote noor2 19-2-2023 10:12 AM
Celaka...anak dia ke anak org....apa mak pak budak tu buat...diam je ke
Quote kaishi 19-2-2023 01:43 PM
Anak aku yg kedua ni late talker, bukan speech delayed, dia xde masalah sensory, ni salah aku la gak setahun yg lepas dok ulang alik hospital sanpai dia agak terabai... Alhamdulillah skrg dah ade words, faham arahan,.... Tpaling berani dan tpaling peramah, cuma dia ada masalah komunikasi je.

Anak2 yg ada masalah camni memg sgt22222 menguji, kuat tantrum, anak aku yg ni biasanya buat aku koyak mental time tantrum dia datang, tp dia juga la paling btahan ms adik2 dia sakit.... anak kawan aku yg Syndrome down, autisme,  pon boleh tahan tantrum nya, kene full attention,

Jd pekerja2 or doktor2 terapi yg tlibat dlm bidang ni, klu sabar tu xde, nipis, ko g la keje lain, jgn amek keje ni. Padahnya gini laaaa yer...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039785 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top