CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Dakwa Hotel Di Melaka Berhantu "Kerusi Bergerak Sendiri, Bunyi Cakaran Pada Dinding, Dengar Suara Panggilan Anak"

17-2-2023 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17501| Komen: 121

Kerusi bergerak di tengah malam, bunyi cakaran pada dinding, dan suara panggilan anak di luar bilik hotel antara pengalaman ngeri dialami para pelancong tempatan yang menetap di hotel sekitar negeri Melaka.


Peristiwa yang mengganggu percutian di bandar sejarah itu dikongsikan beberapa pengguna di TikTok bagi menceritakan bagaimana mereka berdepan dengan gangguan entiti di sana.

Seorang pengguna TikTok @meiyalabel melalui hantarannya itu berkata, tempahan bilik hotel yang dilihat mewah dan selesa bertukar menjadi pengalaman paling menyeramkan baginya buat percutian pada bulan Oktober tahun lalu.


Gambar Hiasan

“Saya pilih hotel ini untuk memudahkan perjalan ke pusat beli belah, perkara mula jadi seram kira-kira pukul 1.30 pagi hingga 3.30 pagi selepas banyak mendengar bunyi yang pelik.

“Bayangkan pukul 2 pagi dengar bunyi cakaran pada dinding bangunan, ditambah pula bunyi tombol pintu dipusingkan, pukul 6.30 pagi baru saya boleh tidur,” katanya.


Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @asyikin.along turut berkongsikan pengalaman dirinya mendengar suara anaknya di luar bilik hotel walaupun anaknya sudah tidur.

Katanya, dia bersama suaminya keliru seketika apabila mendapati suara anaknya memanggil nama ibunya di luar bilik hotel pada 2 pagi.

“Anak saya ketika itu tidur di bilik hotel bersama adik saya, di sebelah bilik sahaja, saya kemudian bangun untuk lihat sama ada betul anak saya ada di luar pintu bilik.

“Apabila buka pintu bilik tak nampak pula anak saya di luar, saya kemudian mendapatkan adik saya yang tidur di bilik sebelah, dia memaklumkan anak saya sudah tidur sejak pukul 12 malam lagi.

“Bukan saya sahaja dengan suara anak saya pada pukul 2 pagi itu, suami saya juga dengar, bagi tidak memanjangkan lagi isu ini kami mengambil keputusan untuk jelaskan pada adik saya keesokan harinya,” katanya.

Sebelum ini beberapa pelanggan yang menginap di hotel di negeri ini mendakwa, mereka melalui pengalaman menyeramkan apabila diganggu entiti atau hantu yang mengakibatkan mereka ketakutan kerana tidak tahan diusik.

Di sebalik pengalaman mendebarkan itu, mereka bernasib baik apabila wang pendahuluan dan kos penginapan yang telah dibayar kepada hotel berkenaan dikembalikan selepas berjaya membuktikan bahawa gangguan itu wujud seperti didakwa. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 17-2-2023 06:16 PM
apa nama hotel tu???
Quote cahaya_almas 17-2-2023 06:32 PM
Nama hotel?
Quote pagaruyung 17-2-2023 06:40 PM
Kasi la tau hotel mana..
Quote krisp 17-2-2023 06:50 PM
Pernah kena camni kat Hotel hatten, dengar bunyi bising macam meja kerusi diseret dlm pukul 2-3 pagi. Ingatkan aku mimpi sekali esoknya kawan sebilik aku bagitau dia dengar yg sama. Terus mintak tukar bilik.
Quote ultra78 17-2-2023 06:57 PM
Rasa dah pernah dengar cerita seakan sama kat youtube. Tapi tak diberitahu hotel mana. Maklumlah takut nanti kena saman ke apa. Mcm mana nak prove hotel berhantu? Kalau report ke kpdnhep akan dilayan tak?
Quote bondeh 17-2-2023 06:57 PM
Pernah check in kat King's Hotel Melaka tahun 2011. Masatu meolls dah baring, tetiba member katil sebelah panggil dia tanya "ko buat apa lagi kat depan almari, tidurlah weyh" pastu meolls jawab "eh aku dah baringlah woi" pastu senyap.

Esoknya dia bagitahu memang dia nampak dengan jelas meolls masih berdiri depan almari masa dia panggil tuh. Huhuiii
Quote dua_chzy 17-2-2023 06:57 PM
Kalau Riviera Bay, akka tak heran.
Quote akies 17-2-2023 07:03 PM
cuba la bgtau hotel mana
Iols kalau ke melaka tak mudzaffar , swiss garden atau hotel baru pegi Ames hotel.

Betul ke hatten? Takmo la iols check in sana lagi
Quote aechae 17-2-2023 07:06 PM
Insan terpilih je yg kena..anda bertuah lh tu
Quote Kitty_catz 17-2-2023 07:08 PM
meols penah kena kacau kat otel kat perghilih nun.. otel putera ke haper

tp lama la,,  jaman round satu mesia install software.. la ni jaman donlod2 dahhh

main tutup2 tibi jah.. patot 3 hari 2 mlm, next day tu kami balun siapkan haritu jugak sbb dah check out, pegi tak kembali
Quote antikorok 17-2-2023 07:40 PM
Edited by antikorok at 17-2-2023 07:46 PM

Melaka Bandaraya Bersejarah - kawasan banyak bangunan2 lama. It's an open secret gaytohhhh Melaka memang terkenal dengan byk hotel berhantoo berpuaka gaytohhh

Siap ada dedicated tweet lagik bincang pasal ni dengan nama2 hotel yg dikatakan berhantooo gaytohhhh. Jempot baca yachhhh...heeeeheeeheee
[twitter]https://www.twitter.com/Kah11Hau11/status/1315313237823348738[/twitter]


Quote little_sis 17-2-2023 08:00 PM
Aaa x berani nak baca twitter tu.. aku biasa check in sorg2 hotel kat melaka tu.. ada masa mmg tido x tutup lampu
Quote epuepy 17-2-2023 08:02 PM
Bagi tau la nama hotel. Tak pn, bgi tau la initial name ke. Nyampah la berita mcm ni
Quote Perwira2022 17-2-2023 08:26 PM
Hantu suka kacau B40 je... Sebab golongan ni paling kuat syirik, khurafat & bidaah... Betul la kata2 yg menyebut kefakiran menghampirkan kepada kekufuran.
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 08:28 PM
Kat melaka mmg ada few hotels yg panas ..prnh terkena sekali ..mmg suwey x blh Tido spjg mlm
Quote akies 17-2-2023 09:16 PM
Hotel Equatorial iols penah check in beberapa tahun yang lepas sebelum ditutup.
Bila baca kt twitter rupanya hotel ni banyak kes bunuh diri. Mujur time tu iols satu family ok je tkde pape yang pelik.
Iols tk suka pool hotel ni, air sejuk bukan main.
Anak masuk sekejap terus taknak mandi dah
Quote akies 17-2-2023 09:19 PM
Edited by akies at 17-2-2023 10:02 PM

-duplicate-
Quote Suchi 17-2-2023 09:36 PM
Kat melaka ada hotel brhantu penah baca kat  blog , staf pun ada mai komen.
Hotel tu dulu nama lain skrg dh lain heheheh..tak silap bukan area dataran pahlawan tp depan skit area ayaq keroh kot gitu
Quote ultra78 17-2-2023 11:10 PM
aechae replied at 17-2-2023 07:06 PM
Insan terpilih je yg kena..anda bertuah lh tu

Uols pernah bertuah?

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.251236 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top