CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jahat Macam Mana Pun Kita, Jangan Kita Tinggal Solat,"Hafidz Roshdi Bagi Nasihat, Digelar Penunggang Agama

17-2-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 533| Komen: 2

Hafidz Roshdi seolah-olah mahu membuktikan dirinya kental berdepan kecaman.

Terbaharu pelakon Tundukkan Playboy itu memuatnaik hantaran berupa peringatan terhadap diri sendiri berkenaan kekhilafan selain menyentuh keampunan Allah.


Foto: IG

“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan. Tapi ingat Allah Maha Pengampun,” tulisnya menerusi Instagram.

Perkongsian tersebut disertakan gambarnya sedang tersenyum sambil mengangkat jari telunjuk.

Malah Hafidz, 29, turut menegaskan tidak kira apa perbuatan dilakukan setiap insan, paling penting adalah menjaga ibadah solat.



“Jahat macam mana pun kita, jangan kita tinggal solat,” tulisnya lagi dalam ruangan kapsyen.

Memilih lagu dendangan Mawi bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof berjudul Kalah Dalam Menang yang juga runut bunyi filem Munafik, ada netizen berpendapat dendangan berkenaan sebagai lagu idola Hafidz.

“Dia bubuh lagu idola dia,” kata Adila Hassan.

“Welcome to the club (selamat datang ke kelab) tak cukup satu,” tambah Yan Nordiana.

“Kebanyakan lelaki yang pose gambar angkat jari telunjuk selalunya curang dengan bini,” tulis Wardina.



Tidak kurang yang mengatakan Hafidz sebagai contoh penunggang agama apabila menggunakan sentimen keagamaan selepas berbuat salah.

Semalam, isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mendedahkan rumah tangga mereka diganggu wanita lain yang didakwa sanggup datang ke rumah sehingga membuatkan dia dan anak-anak menderita.

Semalam, Hafidz selesa membuat perkongsian dalam laman sosial dengan kapsyen berbaur sindiran serta provokasi apabila akaunnya berterusan diserang netizen.



Malah sejak malam tadi pula tular perkongsian dalam Instagram Jabatannetizennegara20 yang memaparkan mesej didakwa daripada Hafidz kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya.

Dalam paparan mesej tersebut, wanita itu turut mengirimkan gambar kepada individu yang nombor telefonnya disimpan dengan nama ‘Hafidz’.

Perkahwinan pasangan yang menjalin cinta sejak di zaman kolej itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar, 2. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Bawang123 18-2-2023 09:50 AM
OyenLemas: mana pergi semua org?
Pakat bertenggek mencerca kat thread lama, rajin benor tt buka thread baru.
Quote OyenLemas 17-2-2023 11:44 PM
mana pergi semua org?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.061181 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top