CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Kerja Bandar Dipaksa Balik Kampung- Sekarang Merempat Dibuang Mak Dan Adik-Beradik, Tinggal Dalam Stor Tanpa Air Dan Elektrik

17-2-2023 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8190| Komen: 74

Seorang lelaki berkongsi kisah, dahulunya menjadi perantau mencari rezeki di negeri orang, tetapi diminta pulang ke kampung untuk menemani ibu yang keseorangan di rumah oleh adik-beradik lain.

Selepas pulang ke kampung halaman, lelaki itu disisihkan pula oleh ahli keluarganya gara-gara perselisihan faham dengan adik-beradik sehingga dia terpaksa tinggal di stor yang dibina oleh arwah bapanya.




"Dulu aku tak nak balik kampung. Tapi adik-beradik panggil balik sebab mak sunyi dan tak ada orang nak jaga kalau dia sakit atau demam. Bila balik lain pula yang jadinya.

"Kerana ada selisih faham dengan adik, habis semua adik-beradik buang aku. Elektrik dan air kongsi dengan stor arwah abah buat. Aku tinggal di stor tu, tapi mereka semua potong bekalan elektrik dan air," luahnya.

Dia menulis luahannya itu bersama video dalam suasana gelap, hanya menampakkan cahaya lilin, dipercayai stor tempat tinggalnya sekarang.


Menurutnya, dia tidak mempunyai wang untuk mendapatkan kemudahan asas itu dan lebih parah lagi apabila dia juga baru melakukan pembedahan pintasan jantung (bypass) setahun lalu.

Dia yang bekerja sebagai penahan tangkul ketam tidak mempunyai pendapatan stabil dan kini berasa terhimpit dengan masalah kewangan serta kemelut keluarga.

"Aku tak mampu nak masuk (pasang) elektrik dengan air sebab aku tak mampu. Kos nak buat mahal.

"Aku baru sahaja buat bypass dalam setahun. Tak sangka mak aku sanggup buat aku macam ni hanya kerana aku bergaduh dengan adik sahaja.

"Aku kesempitan duit sekarang. Aku tak sangka bila aku dalam kesusahan, mak aku sanggup buat aku macam ni. Aku hanya kerja di sungai dan tahan tangkul ketam.

"Kos sara hidup yang tinggi, aku tak mampu nak sempurnakan rumah stor yang aku duduk sekarang ni. Aku terpaksa hidup di rumah yang tak ada air dengan elektrik sebab aku tak mampu sekarang," ujarnya.

Pemuda ini tidak menyangka ibu turut 'membuangnya' sama seperti adik-beradik lain.

Sementara itu, individu itu turut meminta orang ramai yang membaca kisahnya untuk mendoakan urusannya sentiasa dipermudahkan.

Dia juga berharap rezekinya akan bertambah supaya mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa.

"Aku cuma minta rakan-rakan dan sahabat tolong doakan aku dipermudahkan dalam mencari rezeki dengan kerja aku sekarang iaitu menangkul ketam," ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan supaya lelaki berkenaan keluar berhijrah jauh daripada keluarga dan mencari pekerjaan yang mempunyai pendapatan tetap.

"Hijrah abang. Cari kerja yang ada hostel (asrama) dulu buat sementara. Nanti dah senang sikit balik kampung jarang-jarang. Sebab adik-beradik kalau dekat, gaduh. Jauh jadi rindu.

"Bawa diri jauh-jauh atau cari kerja ikut kawan. Ada duit buka perniagaan kecil dan lama-lama jadi besar perniagaan tu. kaya disanjung, miskin dihina," komen netizen.

Ada juga netizen berkongsi kisah senasib dengan lelaki itu hanya disebabkan perselisihan faham kecil sehingga ada ahli keluarga yang tersisih.

"Sama macam nasib saya. Memang sama tapi saya buat-buat kuat demi anak-anak. Saya bertahan pun sebab anak-anak. Maklumlah saya tak ada hala tuju sebab ibu tunggal.

"Kita senasib. Saya tetap layan mak saya walau hati menangis dan terguris. Tapi dengan mereka saya senyum. Pasti ada sesuatu yang tuhan janjikan untuk kita.

"Sama macam saya dulu. Saya buat rumah kecil di kebun jauh dari adik-beradik. Hingga sekarang hati tak sakit. Makan apa yang ada. Sekarang Alhamdulillah anak-anak pun dah dewasa," kongsi beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 17-2-2023 04:54 PM
Mcm kisah org kg aku...dah elok si lelaki keje kat kl mak suruh balik duk kg. Si suami bawaklah anak bini duk rumah mak..sudahnya bcerai berai depa laki bini.
Mengadalah mak nyerr pun uruslah diri tu sendiri
Quote Meiizu 17-2-2023 04:56 PM
Aku harap lelaki dlm cite ni ada yg sudi bagi duit utk hidup smula then hijrah tmpt baru...takpayah lah pikir sgt sorrga mak tu..bukan smua mak helokkk
Quote naina 17-2-2023 05:03 PM
Meiizu replied at 17-2-2023 04:54 PM
Mcm kisah org kg aku...dah elok si lelaki keje kat kl mak suruh balik duk kg. Si suami bawaklah anak ...

Bukan semua benda yang kita nampak elok tu akan sesuai dengan kita. Aku pun pernah. Mak aku suruh duduk dengan dia. Suruh suami aku pindah kerja dekat dengan kampung. Sudahnya kami pun tak happy. Bila mana semua mak yang buat keputusan. Urus rumah tangga pun mak kena gtau. Pergi mana2 pun kena cakap. Lepastu call KT mana, balik bila. Asben terasa jadi nombor 2 bukan lagi keutamaan. Kitorang pun gaduh2. Suami tak balik. Last2 menyewa jugak..

Dah lama dah..dah duduk sendiri baru ok dah..mak bapak iols ok dah sebab Dorang pun penat layan cucu. Haha. Lagi better life sekarang
Quote acikhan 17-2-2023 05:23 PM
naina replied at 17-2-2023 05:03 PM
Bukan semua benda yang kita nampak elok tu akan sesuai dengan kita. Aku pun pernah. Mak aku suruh  ...

sebijik mcm kes biras haku...balik kg Jaga mak die sbb amanah dari arwah Ayah nyer...biras haku kdg2 smpai depress ngan peel mak kandung die + kakak2 yg wat mcm hamba abdi... laki die aka adik ipar mmg penyabar lg setakat nie n biras pernah ckp satu hari nanti die akan meletuo jugak nanti laki bini nie...
Quote Nenolen 17-2-2023 05:29 PM
moga kaka tak menjadi beban kepada anak2, amin.
Quote liyamariska 17-2-2023 05:36 PM
Semoga dipermudahkn segala urusan utk lelaki nih....
Quote dudaberhias 17-2-2023 05:36 PM
kejam betul sampai air dan elektrik pun di cabut...
padahal orang tu dah duduk dekat dalam stor...

kesian nasib mereka yang mempunyai keluarga yang toxic
Quote lightheaded67 17-2-2023 05:48 PM
entah la yek. tp kata2 mak pak boleh jaga anak ramai, anak ramai takleh jaga mak pak. kadg ade lah makne , kadg takde makne jugak, mana mau nya kita nk arah2 kan mak bapak mcm mak bapak arah anak2. bukan boleh disuruh dipengaruh diatur disusun hidop rentua, kadg umo 60 70 pun larat lg nk bkasar, saiko tak tentu hala. acane tu. belom masuk peel adek beradek lagi. adek beradek acuan mak bapak, tp kita yg kena hadap dan setel? tak sheshuai..
Quote Supersirap 17-2-2023 07:01 PM
Semoga bertabah dalam mengharungi liku-liku hidup ini
Quote wirazam 17-2-2023 09:03 PM
Well...spt citer citer yg lepas lepas, better dpt cerita dari kedua dua belah pihak...then baru buat kptsn samada nak sokong siapa..
Btw, brp umur lelaki dlm citer kat atas tu ye..
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:13 PM
Moga dipermudahkn urusan
Quote Belibis 17-2-2023 09:18 PM
Nak merantau semula bukan mudah,kesihatan pulak dah merosot..nak tak nak,kena bangkit cara duk kampung la.
Quote Suchi 17-2-2023 09:42 PM
Meiizu replied at 17-2-2023 04:54 PM
Mcm kisah org kg aku...dah elok si lelaki keje kat kl mak suruh balik duk kg. Si suami bawaklah anak ...

Takutnya…
Ermm iols blh nk duk kg tp tanak serumah ngn org laa.
Kira berdekatan ok la juga, dah hampir 20 tahun iols yg buat keputusan ttg semua hal dlm umah ni ahhh tiberr jd org no 3 plak kat umah org.
Mau kemurungan ujung2 terjun sungai jelaa penyudahnyaa..
Quote tobobon 17-2-2023 09:49 PM
jap...cam mana citer heols boleh keluar??  heols citer kat org lain ker apa???..meols bukan apa...kalau heols sendiri yg buat this story kat media sosial..maksudnya ada handphone dan telco plan la...

ada pulak duit nak beli smart phone dgn telco plan....

tp kalau org yg tolong citerkan...okla

cuma takut citer hasanah sajer
Quote vespa_oren 17-2-2023 10:16 PM
lepas balik cuti dari kampung, terus kakak aku yg kt kampung post kt group whatsapp video agama tugas anak lelaki tanggungjawab jga emak, jgn dgr ckp isteri, yg bgi aku xkena pula sbb dia duduk kampung mcm still harap kt mak aku, biarpun dh beranak pinak tapi yg merantau hidup sendiri memang berjaya dlm hidup
Quote penmerah 17-2-2023 11:14 PM
Iye mmg betul
Jgnlah kawen dgn anak emak baik lelaki atau perempuan
Kang semua keputusan mak yg tentukan
Merantau Lebih baik
Takde stress keputusan semua buat sendiri

Moga2 ini bukan kisah hasanah dan brader ni dipermudahkan utk merantau balik
Kumpul duit sikit2 dulu kerja kampung then dtg Bandar Cari kerja yg sediakan Asrama sbg permulaan
Quote penmerah 17-2-2023 11:20 PM
Aku laki Bini pun Penah juga merantau sbb kerja/study
Then balik kmpg sbb didendangkan family rindu
Dah balik, hati tak senang juga, makanya kemas beg merantau balik

Sekarang hati banyak senang
Walau didendangkan kene balik... Parent dah Tua bla bla bla...
Sorry Naik lorry nak balik ye
Takkan termakan lagi kisah2 syahdu ittew
Quote Kurex 17-2-2023 11:26 PM
Helok ke idok? Kalau helok iols side dia.. dan sebaliknya
Quote hyie 17-2-2023 11:36 PM
sebab itu iols tak suka duduk dalam lingkungan immediate family, pakcik makcik, orang sekampung, nanti jadi ginilah. Nak buat apa pon tak senang, asik nak kena fikir je. Sekarang iols aman2 hidup independent secara minimal, paling penting bebas nak buat apa, tapi bukan cikcur lah hurkeh

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.075337 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top