Seorang bakal pengantin tidak dapat menahan kesedihan apabila wang simpanannya berjumlah RM30,000 yang dikumpul untuk melangsungkan perkahwinan lesap. Menerusi perkongsian di Twitter Fedtri Yahya, individu itu mendakwa akaun bank miliknya digodam mengakibatkan duit simpanannya hilang.
“Saya nak kahwin, tetapi kena ‘scam’. Banyak transaksi dilakukan tanpa pengetahuan. Apabila dibuka, baki tinggal RM6.25 sahaja. Habis kesemuanya duit simpanan yang berjumlah RM30,000. “Saya tidak kuat, lapan tahun saya meyimpan. Kerja pada hari Sabtu dan Ahad, jaga kedai baju dan sebagainya, tetapi (duit) lesap begitu sahaja, ” katanya. Menurutnya lagi, dia sudah membuat laporan dan sedang menunggu pihak bank serta polis untuk tindakan selanjutnya. “Berat ujian ini dan sekarang saya betul-betul tidak ada duit, saya nak kawin dan apa perlu saya buat? Saya tidak minta banyak, kalau ada yang berhati mulia mahu sedekah RM1 saya hargai,” ujarnya.
Sementara itu, rata-rata orang ramai mendoakan agar urusan individu berkenaan dipermudahkan. “Teruskan niat mulia hendak nikah. Buat majlis ikut bajet dan saya doakan lepas kahwin, awak dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,” ucap Afifah. “Insya-Allah dipermudahkan segala urusan. Jika hendak buka tabung bantuan, kena tahu adakah cerita ini sahih sebab sekarang banyak taktik scam dengan menampilkan kisah-kisah sedih sebegini,” ujarnya. – CARI Sumber: Kosmo
|
Noraniza_Iblis replied at 17-2-2023 05:04 PM
aku tk penah simpan lebih dr 1k dr acc aku,selebihnye dlm asb..
x selamat dh nowdays..
dlm asb kalau ...
prettyuglybabe replied at 17-2-2023 08:57 AM
memang kena scam or cubaan nak minta derma?
she replied at 17-2-2023 05:37 PM
Macik pun simpan kat ASB
Duit untuk utiliti simpan dalam kepala sotong
So tetiap bulan fix depo itu ...
Radzor replied at 17-2-2023 05:26 PM
bank biasa takda pidm ke?
prettyuglybabe replied at 17-2-2023 04:57 PM
memang kena scam or cubaan nak minta derma?
Noraniza_Iblis replied at 17-2-2023 05:04 PM
aku tk penah simpan lebih dr 1k dr acc aku,selebihnye dlm asb..
x selamat dh nowdays..
dlm asb kalau ...
Belibis replied at 17-2-2023 07:30 PM
PIDM cover kalau bank bangkrap..kalau kena godam jadi PADaM jer laa.
cmf_premierleag replied at 17-2-2023 05:01 PM
Dik, dah byk kan news psl scammer sedut duit dr akaun bank
Apsal ko x simpan kat ASB TH je selama ni ...
ADVERTISEMENT