CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alyah Tolak Sertai Program Realiti, Tak Nak Menangis Tepi Dinding Lagi

17-2-2023 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 550| Komen: 0

Datin Alyah mengelak daripada menyertai program berkonsepkan pertandingan realiti nyanyian untuk menjaga kesihatan mentalnya.

Penyanyi itu berkata, berikutan pilihan dibuat, dia terpaksa menolak tawaran beberapa stesen televisyen sebelum ini yang tentu saja ditolak secara baik.


Foto: IG

“Fasa memasuki pertandingan sudah berlalu dalam kamus hidup saya kerana pernah melalui pelbagai pertandingan sepanjang hampir dua dekad dalam industri.

“Apabila ada stesen televisyen menawarkan peluang menyertai pertandingan, saya tolak sebab enggan lagi berdepan tekanan yang pernah membuatkan saya menangis di tepi dinding.


“Banyak faktor sampingan yang perlu saya fikirkan sebelum membuat keputusan ini tambahan pula ada dikalangan ahli keluarga terdekat mempunyai masalah jantung.

“Lagipun sekarang saya cuma mahu menikmati perjalanan ini, tetapi jika undangan membabitkan persembahan saya sedia terima,” katanya kepada Kosmo! Online.



Akui isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS lagi, perkara berkenaan bukan disebabkan takut berdepan komen netizen seperti tanggapan segelintir pihak.

Baginya, sebagai penghibur komen mahu pun kritikan sebagai asam garam yang telah ditempuhi sejak mula terbabit dalam gelanggang seni hiburan.


“Kalau tidak masuk pertandingan pun, komen netizen ada di mana-mana kerana segala-galanya kini hanya di hujung jari.

“Suka atau tak, sekarang zaman media sosial yang tentu saja kita tidak boleh kawal orang lain. Perkara yang di bawah kawalan kita adalah apa yang kita mahu pilih,” ulas penyanyi berusia 42 tahun itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.034531 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top