Tular kenyataan lelaki di Facebook mengenai kisah bapanya dibantu pihak polis selepas terbabit kemalangan, baru-baru ini. Menurut Redzul Redza, bapanya gagal membuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan ekoran kesihatan tidak mengizinkan, menyebabkannya tidak dapat membuat tuntutan insuran.
Redzul yang berdepan kesukaran untuk membawa bapanya ke balai, nekad bertemu dengan pihak berkuasa di balai trafik Kangar untuk memohon bantuan mereka. "Alhamdulillah IO bertugas sangat baik. IO luangkan masa datang rumah ambil kenyataan dan buat laporan kemalangan," ujar Redzul lagi. Dia turut berterima kasih kepada anggota yang membantu urusan bapanya yang sedang sakit. Posting Redzul itu mencuri perhatian ramai yang memuji anggota berkenaan. - CARI
|
ADVERTISEMENT