CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Elak Curang Selepas Lakon Babak Intim Dan Mesra, Aidit Noh Tak Simpan Nombor Telefon Uqasha Senrose

17-2-2023 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4171| Komen: 21

Aidit Noh, 30, mengakui cabaran besar dihadapinya untuk melakonkan watak Zayn, seorang lelaki curang dalam drama terbaharu, Isteri Halal adalah isterinya sendiri, Nur Atiqah Hanani.

Ini berikutan isu kecurangan suami terhadap isteri begitu hangat dalam industri hiburan tanah air ketika ini yang membabitkan beberapa pasangan selebriti.


Foto: IG

"Isteri saya juga ada mempersoalkan bagaimana mendalami watak itu yang memerlukan perasaan berikutan sebelum ini kami tahu berkaitan isu ada 'affair' atau hubungan sulit yang berlaku di set penggambaran.

"Saya memang jujur dengan isteri dan memberitahunya, kami berlakon secara profesional dan berpegang teguh dengan niat di hati hanya bekerja saja," katanya kepada Harian Metro.



Dalam drama arahan Uchee Fukada itu, Aidit berganding dengan Uqasha Senrose.

"Segala kemesraan saya bersama Uqasha hanya di set penggambaran saja dan tidak dibawa hingga keluar atau balik rumah," katanya yang mengakui watak Zayn sangat berat kerana perlu melakonkan babak intim dan mesra.

Aidit berkata, dia akan berbincang terlebih dulu dengan Uqasha dan pengarah terhadap babak mesra ingin dilakonkan mereka agar tidak melampaui batas kerana masing-masing sudah berkahwin.



"Malah, bagi menjaga dan menghormati status kami sebagai suami dan isteri orang, saya tidak menyimpan langsung nombor telefon Uqasha, apatah lagi pernah menghantar mesej WhatsApp kepadanya. Apabila di rumah, saya biasanya tak sentuh telefon langsung dan fokus kepada keluarga saja.

"Sebagai suami dan karier sebagai selebriti, saya sangat menjaga 'trust' (kepercayaan) isteri. Ini kerana naluri seorang isteri itu sangat kuat dan apabila kepercayaan diberikan sudah 'pecah', ia tak bermakna lagi. Walaupun masih hidup bersama, kebahagiaan itu pasti dah berubah. Saya perlu menjaga perkahwinan kami," katanya.



Sementara itu, mengulas mengenai kecaman netizen termasuk teguran yang bakal diterima daripada agamawan, Aidit berkata, dia sudah mempersiapkan diri menghadapi segalanya.

"Saya tahu watak Zayn ini akan dikecam teruk oleh netizen kerana dia lelaki yang curang pada isterinya selepas hidup mewah. Ketika masih tiada apa-apa, Zayn boleh setia tetapi apabila sudah berharta, dia hanyut dalam kehidupannya.



"Ini juga bukan sekadar kisah dalam drama, tapi watak Zayn adalah realiti sebenar yang wujud dalam masyarakat. Saya akan menerima semua kecaman diberi dengan baik, termasuk teguran daripada agamawan yang akan muncul selepas drama Isteri Halal ini ditayangkan nanti," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 17-2-2023 04:00 PM
Dimple beneran atau buatan? Ramai sgt dah ada dimple skrg. Lagi2 lelaki yang keliru identiti.
Quote evlinne 17-2-2023 04:04 PM
Yg dulu kes dgn nadia brian xde gigi tu apa cerrr
Quote anilanil 17-2-2023 04:08 PM
evlinne replied at 17-2-2023 04:04 PM
Yg dulu kes dgn nadia brian xde gigi tu apa cerrr

Itu zaman bujang. Skrg dah berkahwin. Dia hanya la seekor kucing yg mencuba wet food & kible
Quote sambaldurian 17-2-2023 04:48 PM
Bini org ni bg pandangan aku elak la amek watak menggoda, lovey-dovey cinta remaja ngan pelakon laki. Klu watak mak2 / isteri matang2 tu xpe la ( cm amy mastura ke, lisdawati ke) boleh la. X manis bg aku nk watak cintan cintun.
Quote dudaberhias 17-2-2023 05:33 PM
ok la tu nak bagitau ko setia... tapi dedua dah kahwin dikkkk... tak geli ke celup2... lepastu balik2 celup pasangan... yihhhhh
Quote pocongkiutss 17-2-2023 05:36 PM
Dua2 pun ada history yach
Quote EriaDoritis 18-2-2023 12:06 AM
Babak intim?
Seintim manakah????
Quote heythere123 18-2-2023 01:12 AM
melampaunya ketebalan filter si jantan ni dengan uqasha
Quote belilies 18-2-2023 07:58 AM
Gelinya hero uqasha kalini. Macam hadek hadek.
Quote virgocircus 18-2-2023 08:57 AM
Uqasha jd villain. Yg heroin adellia tu x kenal sape. Pelakon baru la kot.
Quote CikYaYaYa 18-2-2023 09:07 AM
whorayusss???
Quote kakigojes 18-2-2023 12:19 PM
Sesungguhnya Laki ni sangat la manis orangnya
Quote mrsbale 18-2-2023 02:25 PM
Nape gambo lagutu. Pakai filter jd pempuan ke.
Quote Burong_Hantuk 18-2-2023 06:29 PM
Amboi ...rambut ungkasya
Quote Suchi 18-2-2023 07:58 PM
Kenapa dah mcm pelakon pinoy uqasha tu? Rambut satu set ngn pakaian.

Lg satu tajuk drama Isteri Halal? Ada ke isteri harom? Dh namanya isteri mestilaa halalan toyyiban
Quote xtinkerbellx 19-2-2023 08:24 AM
I love redhead
Quote Lagubestbest 19-2-2023 10:32 AM
tebal sgt makeup pelakon lelaki nya.
Quote babycc 26-4-2023 07:02 PM
Start bulan puasa balik awal.. sekarang dah stuck pulak dengan drama ni.. geramnya watak zayn dgn uqasha tu.. rasa nak tonyoh2 je dedua..
Quote Nurkaseh01 27-4-2023 03:38 AM
Rambut qashah dah mcm apooo

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.145002 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top