CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MAIS Tak Terbabit Projek Bantuan Bakul Makanan

17-2-2023 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 789| Komen: 0

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan pihaknya tidak terbabit projek pembekalan bantuan bakul makanan yang dilaksanakan sebuah syarikat.

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya menerima aduan daripada sebuah syarikat swasta yang melaporkan menerima pesanan pembelian dan invois yang menggunakan kepala surat rasmi berlogo MAIS bagi tujuan mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan.



Gambar hiasan - Utusan

Katanya, hasil semakan, pihaknya mendapati kedua-dua dokumen berkenaan adalah palsu dan Mais tidak terbabit dengan projek pembekalan bakul makanan serta tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen untuk projek bantuan yang berkaitan.

"Pihak MAIS akan melaporkan perkara ini kepada pihak polis supaya siasatan dapat dibuat dan tindakan undang-undang yang tegas dapat diambil terhadap pihak yang melakukan jenayah pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Tambahnya, MAIS memandang isu pemalsuan dokumen ini sebagai suatu jenayah yang serius kerana menjejaskan imej institusi itu.

Justeru itu, pihaknya menasihatkan orang ramai lebih berwaspada dengan penipuan mana-mana pihak menggunakan nama MAIS untuk mendapatkan sumbangan atau kepentingan lain.

Terdahulu, sebuah portal berita pada Selasa melaporkan seorang usahawan disyaki menggunakan logo MAIS pada kepala surat dokumen pesanan pembelian untuk mendapatkan dana berjumlah RM660,000 bagi melaksanakan projek bantuan bakul makanan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.030792 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top