Baru-baru ini Datuk Fizz Fairuz ada memuat naik video memaparkan isterinya Datin Almy Nadia. Dalam rakaman tersebut kelihatan Almy ayu menggayakan tudung. "Sikit je lagi… sabar naaaaa… bg hint2 jer.. mana yg paham,paham lahhh hahaha," tulisnya sebagai kapsyen. Jengah di ruangan komen ramai dapat teka pasangan ini nak keluarkan tudung jenama sendiri.
Namun ramai juga yang memberikan tips untuk kuruskan badan dan mengutuk penampilan Almy yag didakwa semakin hari semakin selekeh. Dalam masa yang sama ada juga yang memuji Fizz Fairuz seorang suami yang setia dan tak curang walaupun isterinya begitu. Mereka juga berharap agar tiada penyondol yang wujud dalam rumah tangga pasangan ini. Sebenarnya Fizz Fairuz ada alasan tersendiri kenapa tak bagi isterinya kurus.
"Bila mereka kata yang agak negatif, saya ambil semua komen-komen yang diberikan. Saya boleh saja nak bagi dia kurus tetapi saya lebih kepada kasihankan dia. Ini kerana dia nak kena fikir untuk jaga anak, memasak dan sebagainya. "Kalau dia fikir mengenai berat badan dan kurus, saya risau dia akan terbeban dengan itu. Untuk dia turunkan berat secara drastik memang tidak boleh, kena ambil masa dua hingga tiga minggu juga.
"Dia pula sejenis yang tak boleh duduk diam, ada saja kerja yang dia nak buat," katanya kepada Harian Metro. Apa pun semoga bahagia hingga ke syurga ya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|