CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berpaut Pada Tiang Sebab Sakit, Luka Kanser Payudara Pecah Angkara Bomoh

17-2-2023 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2386| Komen: 24

Sakit teramat sangat hingga berpaut pada tiang, itulah keadaan seorang wanita apabila luka kanser payudaranya pecah.

Dia bagaimanapun enggan segera mendapatkan rawatan lanjut di hospital kerana risau tiada sesiapa boleh menjaga dua anaknya yang berusia lima dan 11 tahun.


Perkara itu diceritakan aktivis, Zuraini Kamal yang hadir ke kediaman Norizan Abu Seman dari Pendang, Kedah untuk menghulurkan bantuan, Rabu.


mStar

"Suami pesakit yang hubungi saya, nak minta bantuan kewangan. Saya tak tahu dia orang susah. Suami dia tunjukkan gambar payudara isterinya yang pecah. Jadi saya hadir ke kediaman mereka pada Rabu untuk sampaikan bantuan dari segi barang dapur dan wang tunai.

"Masalah pesakit ini ialah dia enggan ke hospital sebab dia kata tak ada sesiapa nak jaga anak-anak yang masih kecil.

"Hospital tak boleh buat apa sebab kanser dah pecah, sebab boleh bleed to death. Pesakit kata doktor ada bagi ubat tahan sakit. Dia dapat morfin tapi tak nak makan sebab muntah. Jadi saya kata kepada pesakit, dia kenalah mengadu pada doktor untuk tukar ubat," ujar Zuraini kepada mStar.


Dia yang pernah pernah menjalani rawatan kemoterapi, memilih untuk tidak meneruskan sesi berkenaan selepas 10 kali atas alasan anak-anak.

Jelas Zuraini, kunjungan itu bukan sahaja untuk menyampaikan sumbangan, sebaliknya turut memujuk wanita berkenaan untuk ke hospital memandangkan luka pada bahagian payudaranya semakin teruk berpunca daripada rawatan bomoh.

"Saya kata kepadanya, bayangkan jari luka pun dah sakit. Ini sampai berlubang, dia mengerang sakit, sampai merangkak dan pegang tiang. Saya kata, awak duduk macam ni nak ibadah pun susah.

"Benda ni tak boleh rawat, dia kena jalani kemoterapi. Saya juga cakap kepada dia, kalau pergi hospital ada ubat tahan sakit. Walaupun tetap sakit, tapi ia boleh mengurangkan sakit. Lepas tu dia kata tak mahu morfin, saya kata ada banyak lagi kaedah lain.

"Akhirnya kami hantar juga dia ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu. Dia masuk zon merah sebab keadaan sangat serius. Kemudian malam tadi (Khamis) dia dipindahkan ke zon kuning rendah. Hari ini (Jumaat) dia dah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dengan pakar kanser," ujar Zuraini.

Dalam masa sama, Zuraini yang juga pejuang kanser sedih kerana pesakit itu terpedaya dengan cadangan individu tertentu, memintanya mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan kampung.




"Saya sendiri sebagai pesakit kanser, saya boleh jadi testimoni. Saya dah lalui rawatan. Memang teruk tapi kita kena lalui proses ini untuk sihat. Pesakit ini menangis tak nak tinggal anak.

"Saya kata, kalau awak tak sihat, macam mana nak jaga anak. Dia duduk fikir tentang anak," ujar Zuraini yang telah sembuh daripada kanser dinding rahim sejak 11 tahun lalu.

Tegasnya kepada pejuang kanser lain, jangan terpedaya dengan rawatan mengarut. Sebaliknya, rujuklah kepada yang lebih pakar. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 17-2-2023 03:30 PM
Ngilunya rasa
Quote afie_m 17-2-2023 03:41 PM
kesiannya ..
Quote Cokoro 17-2-2023 03:56 PM
Ya Allahhhh
Quote cattiecute 17-2-2023 04:00 PM
semua ingat anak anak anak
lepas tu kalau sakit gitu
nanti kalau meninggal sapa juga yang susah
kena tinggal anak jugak.
sama je
mesti masalah duit sama ni.
Quote supernaturalee 17-2-2023 04:18 PM
tok laki tu buat ape


Quote doubleA 17-2-2023 04:18 PM
Ya Allah sedihnya. Sembuhkan pesakit ni ya Allah. Memang anak kecil tapi dia kena sihat dulu baru boleh jaga anak. Anak tu pak nya ada.
Quote mamajawie 17-2-2023 04:29 PM
YaAllah, kesiannya tapi kenapa akak ni pergi kat bomoh..better la ubat kat spital akak..smoga sembuh kesian anak2 kecil lagi..
Quote naina 17-2-2023 04:39 PM
Oh dah pernah kimo 10x..
Quote noor2 17-2-2023 04:47 PM
Ya Allah..knp percaya bomoh   

Cina kenalan aku umur 71 tahun ni..dah baya mak aku...kena cancer tahap 4...6 bulan lepas detected kanser payudara.. elok je sihat pi kerja ( masih kerja lagi) walau dah buang payudara sebelah..tapi elok sihat...sekarang tiap 2 minggu buat kimo...
Quote ina_na 17-2-2023 04:54 PM
Kawan aku arwah isteri dia tiba2 pengsan kat sekolah..bl doctor check kanser dah pecah merebak kat dlm .luaran nampak ok.. koma 3 ari meninggal...tinggalkan anak lelaki 3 org .lps 1 thn kawan aku kawin dgn cikgu gak..dah dpt anak seorg .
Quote Meiizu 17-2-2023 05:00 PM
ina_na replied at 17-2-2023 04:54 PM
Kawan aku arwah isteri dia tiba2 pengsan kat sekolah..bl doctor check kanser dah pecah merebak kat d ...

Tulaaa org perempuan sayangkan laki tak bertepi tapi once ko mati baiiibaiiii kawin lain.
Utamakan diri.
Kesian anak2 dpt mak tiri.

Quote rikiruj 17-2-2023 05:06 PM
woii.. laki jaga lah anak.. bini dah sakit kanser tu.. nanti bini dah takde sama jugak datangnya takde sapa nak jaga anak..
Quote ina_na 17-2-2023 08:22 PM
Meiizu replied at 17-2-2023 05:00 PM
Tulaaa org perempuan sayangkan laki tak bertepi tapi once ko mati baiiibaiiii kawin lain.
Utamakan  ...

Kan.. tp contoh terbaik jiran aku,wife dia meninggal ms anak bongsu dia umur 6thn..dia x kawin sampai anak bongsu dia msk asrama 16thn..Tu pun sbb dia dah ade sakit heart attack... jiran2 tkt pe2 jd kat dia sorg2 kat rumah..pakcik jiran aku ni anak yatim piatu..datuk dia yg besarkan dia .jd dia dah rs jd anak yatim piatu..
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 08:28 PM
Astagfirullah....moga dipermudahkn
Quote Zazama 17-2-2023 09:49 PM
Semoga Allah rezekikan semangat yg kuat buat hamba Allah ini. Diuji dgn dugaan yg hebat. Semoga dipermudahkan urusan. Amin..
Quote SalenaGomez 17-2-2023 10:01 PM
mamajawie replied at 17-2-2023 04:29 PM
YaAllah, kesiannya tapi kenapa akak ni pergi kat bomoh..better la ubat kat spital akak..smoga sembuh ...

Kalau tgk akak tu, lawa n ada rupa…kesian lah, semoga dia tabah tempuh ujian
Quote Suchi 17-2-2023 10:02 PM
Sedih baca berita gini
Ya Allah kurangkan lah kesakitan dia, sembuhkan lah dia, tak tau mcm mana sakitnya dia hadap tp seingat iols kena bisul pun dah menderita sgt sakit inikan plak kanser
Quote matamata 17-2-2023 11:07 PM


Suami merintih lihat isteri menangis kesakitan akibat barah payu dara [METROTV]/b]

Pendang: "Saya tak sampai hati melihat isteri menangis akibat kesakitan kerana luka di payu dara kanannya semakin hari semakin teruk menyebabkan dia tidak dapat tidur.

"Kini, isteri hanya bertahan dengan ubat morfin yang diberi oleh doktor. Saya tidak tahu sampai bila isteri boleh bertahan selain buntu untuk mencari sumber kewangan bagi meneruskan rawatannya," kata Mohd Nizam Ishak, 41.

Isterinya, Norizan Abu Seman, 40, disahkan menghidap barah payu dara pada 2020 selepas menyedari ada ketulan sewaktu menyusukan anak bongsunya yang ketika itu berusia dua tahun.

Menurut Mohd Nizam, disebabkan masih berpantang dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik Covid-19 melanda negara, pergerakan ketika itu agak terhad.

"Saya membawanya ke Klinik Kesihatan Pendang sebelum isteri dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

"Dua bulan kemudian, bengkak di payu dara isteri semakin membesar sebelum pecah," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Morai, Mukim Padang Pusing hari ini.

Menurut Mohd Nizam yang bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan tidak menentu, isterinya kemudiannya menjalani rawatan kemoterapi di HSB.

"Kalau hendak ke hospital, sekurang-kurangnya saya perlu ada RM100 untuk kos ulang alik selain RM80 untuk setiap sesi kemoterapi.

"Dua anak kami, Fitya Nur Fiqiah, berusia lima tahun dan Muhammad Farish Rifqi, berumur 11 tahun, terpaksa ponteng sekolah jika ibunya dimasukkan ke wad kerana tiada siapa menguruskan mereka," katanya.

Menurut Mohd Nizam, isterinya akan meneruskan rawatan yang disyorkan oleh doktor walaupun keadaannya semakin teruk malah seluruh badannya lemah.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Islam 0208 4020 5139 73 atas nama Mohd Nizam Ishak.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal yang menziarah pesakit berkenaan hari ini, turut membantu menghantarnya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Zuraini berkata, ini bukan kali pertama CSM membantu menghantar pesakit ke hospital namun sudah beberapa kali dijalankan.

"Selain itu, CSM turut menghulurkan sumbangan wang serta barangan keperluan dapur untuk Norizan bagi meringankan beban," katanya.

Disiarkan pada: Februari 15, 2023 @ 2:59pm



https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bat-barah-payu-dara


Quote matamata 17-2-2023 11:14 PM
Wartawan/ editor CARI laknat ni nak buat fitnah lagi ka? celah mananya yg kata kanser tu pecah angkara bomoh?
Aku pun tak percaya bomoh kalau sabitkan kes2 kenser ni tp bukan lesen utk kau sebar fitnah la laknat.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039495 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top