CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amerul Affendi Bangga Menang Pelakon Lelaki Terbaik "Bukan Anugerah Berprestij Tapi Yang Menilai Sangat Arif"

17-2-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1413| Komen: 6

Amerul Affendi menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantapnya dalam filem Prebet Sapu sempena penganjuran Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (AMPFKL) 2021/2022, baru-baru ini.


Amerul menerusi Instagram berkata, walaupun ia bukan anugerah berprestij seperti anugerah lain di negara ini, tetapi mereka yang menilai sangat arif mengenai sesebuah karya filem dan tidak terikat dengan mana-mana pihak yang berkepentingan.

Foto: IG

"Terima kasih AMPFKL atas penghargaan yang diberikan. Tahniah juga buat seluruh team (pasukan) filem Prebet Sapu. Ini adalah penghargaan buat kalian semua yang bertungkus lumus menjayakan karya ini. Tanpa kalian semua ia tidak akan membuahkan hasil sebegini," tulisnya.


[/ig]

Dalam perkongsiannya lagi, Amerul berkata, pengarah filem Prebet Sapu, Muzzamer Rahman memaklumkan ia adalah kemenangan yang tertangguh selepas mereka gagal membawa pulang trofi di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung pada 2 Disember tahun lalu.

"Prebet Sapu adalah projek kerjasama graduan-graduan kesenian tanah air. Kita tidak punya modal yang besar untuk menghasilkan karya ini tapi kita punya impian yang tinggi.

"Kita sudah membuktikan dan membuka jalannya. Semoga yang selepas kita dapat meneruskan usaha ini," tulisnya.


Pada masa sama, Amerul turut menitipkan pesanan buat bakal graduan yang masih menimba ilmu dari lapangan kesenian teater terus berjuang sebagai pelakon yang berdisiplin dan berilmu.

Selain Amerul, filem Prebet Sapu atau Hail, Driver! diterajui Mei Fen Lim dan Bront Palarae. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 17-2-2023 05:50 PM
Dia ni kalau berlakon memang sampai. Aku suka dia ni.
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:08 PM
Tahniah..........
Quote dudaberhias 17-2-2023 09:41 PM
tahniah... memang layak heshe menang pun...
Quote xtinkerbellx 17-2-2023 10:38 PM
Quote heythere123 17-2-2023 10:46 PM
Dia ni semua watak pon dia boleh bawak. Tak perlu nak terikat dgn sejenis karakter je
Quote Adrif 18-2-2023 05:02 PM
tahniah. antara pelakon yang berbakat. suka tengok dia berlakon

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.029879 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top