CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Muncul Dengan Program Live Lain- Peminat Pertikai, Suruh Buang Nama Sepahtu "Jep Dah Pujuk Siap Merayu Tak Nak"

17-2-2023 11:56 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8553| Komen: 95|Original author: Saiful

Shuib Sepahtu membuat kejutan, mengumumkan dirinya terlibat dalam program baru terbitan Adtro iaitu Ubi Superstar Live yang bersiaran pada setiap  Khamis bermula 23 Februari ini.

Susulan itu tindakan Shuib nampaknya mencetuskan pertikaian kerana sebelum itu Jep telah membuat live di aplikasi TikTok menyatakan dia sudah pun memujuk Shuib namun apakan daya  dah sibuk dengan komitmen masing-masing.


Foto: IG

Di ruangan komen ramai yang berasa kurang senang apabila dia terlibat dalam program yang bukan bersama Sepahtu.



Para peminat kumpulan tersebut kebanyakannya meluahkan rasa kecewa dan ada di antara mereka meminta agar Shuib tidak lagi menggunakan nama ‘Sepahtu’.


"Buang jela nama Sepahtu tu, fans kecewa"

"Kesian Jep, siap pujuk rayu"



Sebagai info Shuib telah mengumumkan mahu berehat dari Sepahtu Reunion live pada 2020. 

Namun, dia ada membuat ‘comeback’ dalam satu episod program tersebut beberapa bulan selepas pemergian Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Walau bagaimanapun, dia nekad untuk tidak lagi bersama program tersebut apabila mengatakan yang pihak produksi sudah tahu alasannya dan dia enggan memanjangkan isu tersebut. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HabukBesi 17-2-2023 11:59 AM
senario juga yg best
Quote prince_marhaen 17-2-2023 12:01 PM
gelinya post muka acah-acah paling hensem... dah grooming pun begitu jua...
Quote Mata.kucing 17-2-2023 12:27 PM
meluatt sdah
Quote SherryZass 17-2-2023 12:31 PM
Buh nama soibwatiek jelah eb
Quote cikatilia 17-2-2023 12:45 PM
gelinya baju yg mcm kot kecik tu
Quote ezacbee 17-2-2023 12:56 PM
Sepahtu reunion pun aku xtengok, inikan ubi kayu lak..

Pesaing hebat. Mungkin klo ubi berjaya, sepahtu dah boleh kebumikan sama cam senario. Dulu gah sekarang sendu.
Quote dudaberhias 17-2-2023 01:05 PM
prince_marhaen replied at 17-2-2023 12:01 PM
gelinya post muka acah-acah paling hensem... dah grooming pun begitu jua...

khen... yihhhh... heshe ni pun dah jadi macam si cef pajeri yakub tu...gigih la pesen rambut sana sini, kulu kilir buat rambut baru tiap2 minggu tapi tetap la hauk dan tak hensem... orang repair kulit muka tu dulu, pergi kikis2 pakai grinder kat bengkel buat awning dulu lepastu baru la pesen rambut sana sini, nak warna serupa lutong dan kongkang pun boleh

Quote endihesh 17-2-2023 01:07 PM
soeb ni tak kelakar pun.. try hard namampos..
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 01:08 PM
Quote Fazsemput 17-2-2023 01:13 PM
Sepahtu.. nth la.. walau kdng x klaka pun sis tgk.. mcm kita tgk pimai2tangtu..

Lagi la..ni spontan..tapi mak sis akn. Ising..bila artis perempuan mcm pipa ..tergelak mengilai2.. pada mak sis nth ape ape.. tapi sis ok je..

Penat la  jep nk menjawab bila shuib nk masuk blik.. dh org x nk.. x pyh la netizen peduli.. haritu mcm merajuk ngn astro.  Ni dh habis sume org pujuk die x nk..tuptup..masuk balik astro.. hmm

Apepaepun..diharap season depan sepahtu ada cerita cikgu eja..  

Quote takkizawa 17-2-2023 01:15 PM
Susah jugak ek jadi dia ni. Mesti orng keliling dia dok puji2 ckp hensem,kelakar etc sampai dia percaya walaupun sbrnya nan hadoooooo.
Quote TabletSusu 17-2-2023 01:45 PM
pi mai tang tu, senario.. dua ni yg lejen. sepah, sepahtu awal2 dulu aku tgk, dah x lawak asyik nak membahan org je. ubi ni.. mmg x lah aku nak folo

OT: kat mana ek nak tgk pimaitangtu and senario ni? kotlah korg tau ada website free aku boleh tgk balik semula
Quote noiz_phayz 17-2-2023 01:49 PM
TabletSusu replied at 17-2-2023 01:45 PM
pi mai tang tu, senario.. dua ni yg lejen. sepah, sepahtu awal2 dulu aku tgk, dah x lawak asyik nak  ...

Sepahtu sejak kerjanya bahan sama sendiri lepas tu semedang pickup line malas dah nak tengok. Btw pimai tang tu boleh layan dekat youtube tv3. Banyak season jugak deme upload. Berganda lagi best dari sepah mahu pon ubi kayu
Quote asfaz 17-2-2023 01:52 PM
Tukar la jadi soebubi.. betul la tu dah join lain buat apa guna nama tu lagi.

Geli yachhh acah hensem cmtu. Kau igt kau hot ke soebubi?
Quote asfaz 17-2-2023 01:54 PM
noiz_phayz replied at 17-2-2023 01:49 PM
Sepahtu sejak kerjanya bahan sama sendiri lepas tu semedang pickup line malas dah nak tengok. Btw  ...

Tahun lepas ai ada tgk pimai tang tu .Episode  Arwah Sharifah Aini. Aritu nak cari balik dah takde
Anaknya suruh delete kot. Ye la arwah seksi jugak
Quote rayna_raynes 17-2-2023 01:55 PM
dudaberhias replied at 17-2-2023 01:05 PM
khen... yihhhh... heshe ni pun dah jadi macam si cef pajeri yakub tu...gigih la pesen rambut sana  ...

Eh bukan ke ni kulit idaman ramai wanita di Malaysia. Yg putih lepuk dikutuk pula tak maskulinlah, suka yg tan nampak cam jantan sejati lah

Quote Dolmat 17-2-2023 01:56 PM
Pesyennnnn aper yg ko pakai tu yib....?
Quote cloud_jade 17-2-2023 02:03 PM
noiz_phayz replied at 17-2-2023 01:49 PM
Sepahtu sejak kerjanya bahan sama sendiri lepas tu semedang pickup line malas dah nak tengok. Btw  ...

Senario pun ada dkt youtube tv9.
Quote maharani_gebu 17-2-2023 02:14 PM
Nama sepahtu ni dah cukup gah setaraf Senario..

Carik ajelah regu lain jep.....

Banding mamat dgn shuib, ai rasa mamat lg genuine kelako dia...

Shuib ni lawak dia below par jer.... poyo yg lebih

sejak dia jadi orang ada-ada... mmg lain btul pembawakan dia...

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048264 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top