Oleh Izzah Abbasy
Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Berwukuf juga dikenali sebagai kemuncak Haji yang perlu dilaksanakan dengan wukuf di Arafah. Masing-masing akan menadah tangan memohon keampunan kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf. Perhimpunan umat Islam di bumi Arafah ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai menyahut seruan daripada Yang Maha Esa untuk mengukuhkan persaudaraan sesama Islam yang besar ertinya.
Apa itu Arafah?
Apa itu wukuf?
Maka gabungan kedua-dua bermaksud "berhenti sebentar, duduk sebentar untuk mengenali siapa kita". Jika kita tidak dapat menunaikan Haji, Allah galakkan kita untuk berpuasa. Wukuf Di Arafah adalah gambaran sebenar Padang Mahsyar. Ia merupakan HIMPUNAN UMAT ISLAM dan hamba Allah di dunia. Wukuf boleh dikaitkan dengan kehidupan. Kita datang dalam keadaan yg sama. Tidak mengira pangkat, darjat dan kedudukan. Tidak diberi pilihan pakai fesyen lain daripada lain. Tidak mengira warna kulit mahupun bangsa. Islam datang membawa sifat universal. Yang penting adalah siapa yang berada di hadapan Allah dalam keadaan hati yang tenang. Umat Islam datang ke Arafah dengan penuh kehambaan seperti kita kembali kepada Allah kelak. - CARI Infonet Panduan daripada : Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
|
8
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
9
Sedih |
16
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT