Oleh : TS LOO Baru-baru ini, negeri-negeri Utara Malaysia seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dikejutkan dengan serangan 'penyakit anjing gila' yang telah menarik perhatian pelbagai pihak.
Mengikut rekod kementerian kesihatan negara kita sejak tahun 1997 tidak pernah berlaku penyakit seumpama ini, justeru jabatan kesihatan negeri segera mengambil langkah yang sewajarnya dalam usaha menangani penyakit yang merbahaya ini. Antaranya menghapuskan semua anjing liar bagi mengelakkan rabies merebak selepas memperolehi nasihat daripada pakar veterina jabatan kesihatan. sumber foto : http://certifiedvethomeopath.com/ Sehingga 17 September lalu, terdapat 39 kejadian gigitan anjing pada manusia (25 di Perlis, sembilan di Kedah dan lima di Pulau Pinang yang melibatkan 39 ekor anjing di mana 10 telah disahkan positif Rabies. Sekaligus, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis diisytihar sebagai kawasan penularan wabak anjing gila atau rabies.
Berikut adalah beberapa infomasi yang ingin saya kongsikan agar pembaca Cari infonet mendapat gambaran lebih jelas berhubung apa sebenarnya itu Penyakit Anjing Gila atau Rabies dan langkah pencegahannya. Penyakit anjing gila atau dikenali sebagai rabies ialah penyakit bawaan virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas. Virus penyakit ini menjangkiti sistem saraf pusat dan mangsa yang dijangkiti biasanya akan menemui ajal. Penyakit ini boleh merebak daripada satu spesies kepada satu spesies yang lain melalui gigitan daripada haiwan berjangkit. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun. Agen penyebab: Virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus Cara jangkitan: Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka. Tempoh pengeraman: 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun. Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing. Tanda dan Gejala : Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan. Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup-an angin (aerophobia). Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut. Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh. Kesan sampingan: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh. Sebelum berlepas: Individu yang merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies. Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik. Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air. Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor. sumber : http://www.myhealth.gov.my/ |
14
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
19
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ikmanurz replied at 23-9-2015 03:07 PM
kann.. 2-3 hari lepas dapat email dari SPCA pasal outbreak ni
Kebetulan baru balik dari utara mingg ...
Decaffeinated replied at 23-9-2015 04:28 PM
baguslah awak vaccinate your kitties.
yang banyak prihatin pasal ni dog owners sedangkan rabies ...
ADVERTISEMENT