CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Muntah-muntah, Alyah Syukur Allah Bagi Jalan Kembali Cergas Dan Langsing

16-2-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1617| Komen: 7

Datin Alyah yang pernah mencecah berat 68 kilogram kini tampil dengan figura ideal dan lebih segar.

Memetik Media Hiburan, dia tidak menafikan masalah gastrik pernah dialaminya sebelum ini menyebabkan ada ketika menjadi kekangan buatnya untuk membuat persembahan.




“Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.

“Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut,” katanya.

Malah, ada yang menyangka isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu hamil susulan berat badan dan situasi yang dialami.

“Masalahnya tidak (hamil), kalau betul alhamdulillah. Jadi bila keadaan itu terus berlaku, ada ketikanya saya sekejap semput dan lelah.


“Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.



“Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga.

“Mengenang kembali macam mana saya pernah ulang alik pergi klinik dan hospital, Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah. Alhamdulillah, sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi” katanya lagi.

Justeru, Alyah sangat bersyukur dan kini berusaha menjalani gaya hidup sihat seperti mengawal pemakanan dan bersenam. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 16-2-2023 05:47 PM
Dan2 la gastrik ape semua..ckp je la nk cpt kurus..
Quote zie_indah 16-2-2023 09:23 PM
Adee duit mmg boleh la.... mudahan takde kesan sampingan lanye datin
Quote amyza82 16-2-2023 09:48 PM
Sama je muka gemuk dgn lurus. M tu juga
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:26 AM
Haiii kembar IRA kazar
Quote wirazam 17-2-2023 06:23 PM
Skrg berat kg beratnya ye
Quote LembingDayanti 17-2-2023 10:50 PM
no wonder la alyah ni takde aura.. muka ira kazar hahahahhahaha muka org tak minatttt
Quote Suchi 17-2-2023 11:07 PM
Dia penah berisi ke? Dia tinggi kan? Takat berat 68-70 tu org tinggi takde laa besor mana

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.149539 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top