CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nama Blacklist Sebab Sokong PKR, Afdlin Shauki Rindu Nak Mengarah Filem

16-2-2023 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1898| Komen: 20

Datuk Afdlin Shauki berharap ada sinar cerah untuknya kembali mengarah filem semula sekali gus mendapat kelulusan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Afdlin berkata beliau mempunyai beberapa projek filem dirancang sebelum ini, namun tertangguh kerana namanya didakwa disenarai hitam oleh Finas selepas membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April 2021.


Foto: IG

"Saya dah lama tidak mengarah filem. Memang rindu sangat nak mengarah semula. Apatah lagi, saya ada beberapa projek filem nak dihasilkan. Tapi, tertangguh kerana tidak mendapat kelulusan dana daripada Finas sebelum ini apabila nama disenarai hitam oleh agensi itu.

"Malah, harapan saya sekiranya memperoleh dana Finas selepas ini dapatlah memulakan penggambaran filem Angel of Sandakan yang saya sasarkan untuk dihantar bertanding ke Academy Awards atau Oscars nanti," katanya kepada Harian Metro.




Terdahulu, Afdlin berkongsi sekeping foto beliau bertemu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dengan kapsyen ditulis, "Tq YB Fahmi for a wonderful meeting (pertemuan indah). Yang penting, dah tak kena 'blacklist' (senarai hitam) dengan Finas! So boleh buat filem balik."

Difahamkan juga pertemuan Afdlin dan Fahmi di pejabat menteri itu semalam untuk membincangkan mengenai industri filem dan langsung tidak ada kena mengena dengan spekulasi percubaan mendapatkan jawatan Pengerusi Finas.



"Pertemuan saya dengan menteri, bagi membincangkan mengenai industri filem dan usaha saya untuk mengarah semula kerana sebelum ini terpaksa tangguhkan projek kerana tidak mendapat kelulusan dana Finas akibat fahaman politik berbeza dengan kerajaan terdahulu.

"Saya terpaksa melalui situasi di diskriminasi oleh pelbagai pihak disebabkan parti politik disertai ketika itu adalah pembangkang. Tapi, sekarang dah jadi kerajaan maka, saya bolehlah mengarah semula," katanya.


Afdlin berkata sebagai penggiat seni, selama ini beliau tidak pernah mencampuradukkan politik, perniagaan dan karier.

Katanya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana projek penerbitan filem Angel of Sandakan itu sememangnya sudah dirancang bersama Finas sejak dari awal. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 16-2-2023 07:45 PM
Nak mengarah filem, duit takde...

apply grant gomen...
huntong laaaaa...
lps tu filem tak laku tapi tetap dapat bayaran kannn...
Quote snowflakes 16-2-2023 07:50 PM
Itulah melayu....
Quote Mulotkoyak 17-2-2023 12:40 AM
Tu bukan kne banned... Dh xdpt dana since 2021 terus masok PH... Pastu kne banned... Last2 rupenya nk juga guna duit rakyat buat filem. Bile filem kne komplen dgn netizen marah kat netizen... Abis ko guna duit rkyt tu dr celah puki mak ko ke...?
Quote ezacbee 17-2-2023 07:57 AM
Senangnya idop.. Buat filem syok sendiri. Semua nak suap. Filem xlaku xpe.
Quote s@s@ 17-2-2023 08:55 AM
lepas ni kalau dapat dana, faham2 je lah
Quote cmf_premierleag 17-2-2023 09:11 AM
Sejenis lalang
Jap sokong umno jap sokong pkr
Hanya sokong based on apa yg bleh kasi keuntungan kat dia je
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:14 AM
Zaman kau dh berlalu...dah sendu pun
Quote bottompro 17-2-2023 09:14 AM
dh la gemok. tak pandai nk rolling duit pulak tu. kau bersara je la aplin oi
Quote apech 17-2-2023 09:15 AM
So sekarang Finas pro PKR dgn BN la ya?
Quote apech 17-2-2023 09:17 AM
Mulotkoyak replied at 17-2-2023 12:40 AM
Tu bukan kne banned... Dh xdpt dana since 2021 terus masok PH... Pastu kne banned... Last2 rupenya n ...

Jd dia tak dpt dana seblm masuk PH? knp dia tak dapat dana sebelum ni?

Quote apech 17-2-2023 09:18 AM
Btw, filem dia semua tak best. yg sumo tu pn haukksss sgt
Quote prince_marhaen 17-2-2023 09:39 AM
...usaha saya untuk mengarah semula kerana sebelum ini terpaksa tangguhkan projek kerana tidak mendapat kelulusan dana Finas akibat fahaman politik berbeza dengan kerajaan terdahulu.


Dah mulut pun pukimak komplen sana sini, tapi misekin masih nak harap jugak duit gomen duit rakyat nak buat filem sampah acah-acah kelakar.....apoooooo???!!!

Dah lah lalang, sokong parti ikut mana yang berkepentingan buat kau.. lepas tu orang kritik filem kau pun takleh...terpaling anak seni la konon.... lorattttt!!!

Quote Prickford 17-2-2023 10:33 AM
Ye2 je kata kena banned dgn FINAS. Duit takde la gemok! Dana takde la gemok! Kau sendiri pon takde duit la gemok! Lain kali berkarya, kerja sebagai artis ni, simpan2 duit tu. Grow your business. Bukan kasi perabih!
Quote rosedemon 17-2-2023 11:10 AM
xpyh la bkn best pon puihhh
Quote BellaThePrinces 17-2-2023 11:25 AM
angel of sandakan???

tajuk pun tak menarik....tak yah la perabih duit dana...
Quote HabukBesi 17-2-2023 11:39 AM
sampai bila nak harapkan dana kerajaan je, baik dana tu guna untuk pembangunan rakyat
Quote Lavender_Violet 17-2-2023 02:05 PM
apech replied at 17-2-2023 09:18 AM
Btw, filem dia semua tak best. yg sumo tu pn haukksss sgt

Tapi aku suka jugak filem dia tajuk Cuci tu dgn satu lagi filem apa ntah namanya x ingat tp geng2 dia jugak la berlakon...Awie, Hans, AC Mizal
Masa time ni lah Ratu berkapel dgn Hans
Quote Tasikchini 17-2-2023 04:06 PM
ok sekarang boleh la kan....masyukkk
Quote kucingitam 17-2-2023 04:23 PM
filem dia yang best, cuci, buli, papadom dgn ape tah satu lagi yang drg merompak kedai pajak tu... setem, sumo dah tah pape... dia suka buat filem style narrated..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.080449 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top