CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rela Dilabel Sombong Dan Sukar Didekati, Siti Khadijah Halim Tak Kemaruk Gosip Murahan

16-2-2023 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2143| Komen: 14

Siti Khadijah Halim berprinsip untuk tidak perlu terburu-buru hendak mendakap populariti biarpun sudah enam tahun bergelar anak seni.

Dia juga enggan mencari publisiti murahan sebagai jalan pintas sebaliknya mempertaruhkan bakat dalam bidang lakonan.



Foto: IG

"Apabila saya memilih bidang seni sebagai kerjaya, saya memandang industri ini sebagai serius dan bukan sekadar main-main. Biarlah mengambil masa yang lama namun saya tidak mahu menggunakan jalan pintas.

"Tidaklah sehingga sengaja mencari publisiti murahan untuk menaikkan nama. Jika terpalit dengan sebarang kontroversi, biarlah ia datang secara semula jadi.

"Apabila waktu itu tiba, saya harus menghadapinya dengan matang. Tidak dinafikan ada yang melihat saya sebagai sombong dan sukar didekati kerana saya meletakkan batas ketika bekerja.



"Mungkin juga saya mempunyai masalah sukar mempercayai orang. Dan itu juga membuatkan orang melihat saya sebagai sombong atau sukar untuk didekati," katanya.

Menurut pelakon drama Dukun Diva itu lagi, dia juga mahu memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik dalam setiap segi pada tahun ini.



"Saya mahu menjadi insan yang lebih baik, malah berharap menjadi contoh dan inspirasi buat anak muda lain.

"Ada peminat mengagumi pencapaian saya dan mahu mengikut jejak langkah. Saya gembira dengan reaksi positif yang diterima dan mahu orang lain juga mencatat kejayaan sama. Saya mahu menjadi contoh yang baik kepada mereka," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 16-2-2023 05:22 PM
nanti sejam lagi datang la puak belah sana

@dudaberhias iols panggil kaka siap2 untuk bagi laharan
Quote samshik 16-2-2023 07:50 PM
Ni sapo plk ni
Quote zie_indah 16-2-2023 08:57 PM
Masalahnya dik oi org kenai ke ....
Quote dudaberhias 16-2-2023 09:05 PM
heythere123 replied at 16-2-2023 05:22 PM
nanti sejam lagi datang la puak belah sana

@dudaberhias iols panggil kaka siap2 untuk bagi la ...

who is yuhhhh...

btw heshe ada mix hamster kah? sebab kembung2 sana sini wajah heshe...
Quote heythere123 16-2-2023 09:18 PM
dudaberhias replied at 16-2-2023 09:05 PM
who is yuhhhh...

btw heshe ada mix hamster kah? sebab kembung2 sana sini wajah heshe...

sheols cucuk2 kot tu yg kembung sikit
Quote habisnamadahni 16-2-2023 09:56 PM
iols suka tgk muka dia ..just nice sweet
Quote dakewa 16-2-2023 11:07 PM
Mmg skrg ni musim retis nunggang kuda plak ke?
Quote kitmal 16-2-2023 11:50 PM
tak kenal...terlalu eklusif sampai orang tak kenal..( awak tu baru nak naik )
Quote pocongkiutss 17-2-2023 12:19 AM
Taktau kenapa..mcm tak suka dia
Quote besties 17-2-2023 12:47 AM
Dia ni best la berlakon dalam drama cerai dengan syafik kyle. Natural je. Lepas tgk tu baru tergerak nak tau sapa pelakon ni. Muka nampak sombong tapi hakikatnya dia ni sweet je sebenarnya.
Quote CikYaYaYa 17-2-2023 12:52 AM
whorayusss???
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:24 AM
Siapa acikk perasan ni?
Quote rosedemon 17-2-2023 11:10 AM
ok dijah wateva endu
Quote lil_honey 17-2-2023 11:11 AM
sheols cantikkk..muka melayu yang cantik.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.043184 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top