CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Difitnah Lalok Oleh Rakan Artis, Tak Ada Yang Peduli Langsung Zaiton Sameon Susah "Dah Tak Ada Air Mata Nak Menangis"

16-2-2023 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2123| Komen: 18

Lebih 30 tahun berada dalam industri seni, penyanyi Zaiton Sameon mengakui kehidupannya kini berkait rapat dengan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan olehnya sebelum ini.

Menurut Zaiton, 67, lirik yang dinyanyikan dalam beberapa lagu itu seolah-olah menggambarkan kisah duka perjalanan hidupnya.


"Saya sangat terharu dengan perhatian orang ramai tetapi tidak boleh menangis. Sudah tidak ada air mata lagi untuk menangis.

"Lagu-lagu saya semua ada kena mengena dengan hidup saya kan? Berendam Airmata, Menaruh Harapan dan Diriku Yang Tersingkir," katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Mengimbau detik hitam kemalangan yang menimpanya kira-kira 32 tahun yang lalu, Zaiton berkata dia tidak pernah meminta mana-mana bantuan daripada persatuan artis.

Sepanjang tempoh itu juga tiada mana-mana pihak yang mengambil tahu mengenai kebajikannya sebagai seorang anak seni.


"Sepatutnya mereka ambil tahulah tentang perkembangan saya kan?

"Kenapa sewaktu saya di hospital masing-masing berebut datang, tetapi selepas saya keluar hospital, tiada sebarang bantuan diberikan," ujarnya.

Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.

Malah kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh rakan artis seangkatannya.


Foto: mStar
"Ada individu yang membawa mulut memberitahu penganjur bahawa saya kini sudah tidak boleh menyanyi dan dikatakan 'lalok'.

"Saya masih lagi boleh menyanyi, mengingati lirik, malah mengaji pun masih boleh membaca dengan tajwid yang betul," katanya.

Pada 14 November tahun lalu, Zaiton menerima kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas disahkan mengalami Traumatic Brain Injuries atau Trauma Kecederaan Otak berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990.

Dalam kemalangan itu, anaknya iaitu Azirwan Abu Bakar terkorban dalam nahas tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nozot 16-2-2023 02:59 PM
Sepanjang perjalanan ini
Lembah dah lurah kulewati
Ketenangan yang kucari
Belum kutemui
Lagu dia memang berhantu..mmg kena dengan hidup dia.
Tragis sangat bila anak tunggal dia mati dalam acc tu.
Semoga dipermudahkan untuk kak eton.
Quote gigahertz 16-2-2023 03:14 PM
dia macma britney spears la. lagu everytime , lucky , sometimes ,
masa nyanyi lagu ni tengah glory giler giler.
sekali bila down terus jadi sebijik watak dalam lucky tu.
Quote prince_marhaen 16-2-2023 03:28 PM
..Sudah tidak ada air mata lagi untuk menangis...


Meols faham ayat ni... jiwa sheols dah kosong..pernah jumpa sheols depan-depan... sheols bukan ting tong, sheols dengar je orang cakap orang borak, tapi mata dia kosong..pandangan dia kosong..she just teruskan sisa hidup sheols doing all she can.
Sheols macam terberhenti di zaman sheols menduniaaa...hakikatnya tidak ye.
Quote she 16-2-2023 03:30 PM
Kalau kita apply kad OKU
Apa benefit dia iye?
Quote vanillaninja 16-2-2023 03:38 PM
Sheols duduk PPR ke? Apa sumber rezeki sekarang kalau dah tak menyanyi?

Kenapa I rasa kak Zaiton ni macam suffer from long-term depression ye.
Quote Nozot 16-2-2023 03:53 PM
Edited by Nozot at 17-2-2023 08:42 PM

Dia macam lost sebab anak kesayangan dia meninggal dalam accident..masa tu anak dia ikut pergi show. Rasanya dia koma, ada brain damage. Adik dia yg lelaki jaga dia, tapi macam ada isu juga klu tak silap..rasanya adik tu dah meninggal.
Dia nie mmg true diva la klu tak accident. Life dia masa tgh hot pun macam - macam.
Lirik lagu dia mmg kena la..
Lagu yg ada tajuk kupu - kupu pun best juga..
Teringat2 dress merah dia masa final muzik- muzik tak ingat tahun apa..
Quote babelina 16-2-2023 03:54 PM
prince_marhaen: Meols faham ayat ni... jiwa sheols dah kosong..pernah jumpa sheols depan-depan... sheols bukan ting tong, sheols dengar je orang cakap orang borak, ta ...

Ya Allah sedihnya.. mgkn xde apa yg nk di ingat2.. yg nk di sayang2.. satu2nya ank telah pergi tinggal kn dia sorg.. moga dia sentiasa diberi ketenangan, kekuatan dan kesabaran untuk lalui sisa2 hidup ini..
Quote dudaberhias 16-2-2023 03:58 PM
Lagu2 dia masih dalam ingatan, best2 lagu zaiton sameon. Tapi memang begitulah nasih anak2 seni dalam industri hiburan yang kecil ni. Memang takkan ke mana kalau tak reti simpan duit dan labur ke benda lain sebagai pendapatan. Termasuk lah yang sekarang ni, sebab nilai duit dah la makin turun, mungkin harini bayaran penyanyi bbnu 5K setiap lagu. Beberapa tahun akan datang nilainya hanya RM50 je. Sebabtu pentingnya penjagaan kewangan...
Quote Perawankota 16-2-2023 08:56 PM
Pernah nmpk beberapa kali kt uptown Danau dulu2 before 2013, dia nyanyi karaoke. Tapi nmpk masa tu mcm tak sihat... Sedih tengok dia..
Quote FlexyFox 16-2-2023 10:21 PM
prince_marhaen replied at 16-2-2023 03:28 PM
Meols faham ayat ni... jiwa sheols dah kosong..pernah jumpa sheols depan-depan... sheols bukan tin ...

Sedih pula... ayat you "pandangan kosong' tu. Begitulah takdir... I suka lagu menaruh harapan tu sampai sekarang.
Quote purplelilac 16-2-2023 11:21 PM
prince_marhaen replied at 16-2-2023 03:28 PM
Meols faham ayat ni... jiwa sheols dah kosong..pernah jumpa sheols depan-depan... sheols bukan tin ...

Sedihnya baca ni, semoga aunty zaiton diberi kesihatan yg baik dan rezeki yg x pernah putus utk meneruskan sisa hidup
Quote Mulotkoyak 17-2-2023 01:19 AM
Bg la masok gv satu dua episode jd laaaa.. Hahaha
Quote lasagna 17-2-2023 08:32 AM
cite psal kaka zaiton ni kan, mmg sedih sungguh, msa b4 accident dia mmg hit sungguh lagu2 mmg berhantu betul, tp Allah tu kadang ada sbb kenapa beri dia peluang kali ke 2 kan, kita tak tau kehidupan dia b4 n semasa artis dlu.

kaka tak mau laa cite dia camne dlu, sbb aib kan. kehilangan anak dia pun sungguh2 trajis. sedihh ooii kisah kehidupan dia nk mbrsarkan anak yg seketul itu, tup tup hilang nyawa pulak.

moga kaka zaiton sihat2 hendaknya.
Quote Burong_Hantuk 17-2-2023 09:21 AM
Rupa Arwah ank dia ni helokk ...dia prnh ckp rindu pd ank esp tiap kali bln Puasa sbb arwah ank akn mntk dia masak lauk2 favorite ..  
Quote KamikuP 17-2-2023 09:27 AM
Sheolss masa muda dan hot mmg truly Diva yaachh..
Perancangan Allah tu Maha Hebat diberi peluang ke-2 utk kak Eton hidop
Dia ni kat ig nampak kemas dan wangi khuenzz..
Moga yg baik2 utk kak eton
Support la dengar lagu kak Eton kat Spotify dpt le menyumbang kat dia ..mcm meolls ada playlist lagu2 kak Eton mmg semua sing along..
Quote hzln 17-2-2023 10:15 AM
Edited by hzln at 17-2-2023 10:25 AM
Nozot replied at 16-2-2023 03:53 PM
Dia macam lost sebab anak kesayangan dia meninggal dalam accident..masa tu anak dia ikut pergi show. ...


Mmg diva betul
Sampai kena pelempang dgn m.nasir dlm studio, sbb kekwat n byk komplen, psl lagu yg m.nasir cipta utk dia, kabut serangkai mawar....byk cekadak, lagu hit baru 1 byk pulak ko punya songel, ko komposer ke aku komposer? Haa gitu la lbh kurang...or maybe krg dr 5 patah perkataan, dah nama pun m.nasir, ckp x byk...lempang je lah gituuhhh alkesah gosip zaman purbakala
Quote rosedemon 17-2-2023 11:08 AM
sian anak meon ni harap tabah
Quote Nozot 17-2-2023 08:40 PM
hzln replied at 17-2-2023 10:15 AM
Mmg diva betul
Sampai kena pelempang dgn m.nasir dlm studio, sbb kekwat n byk komplen, psl lagu yg ...

Kan..true definition of diva..banyak juga kan kes dia zaman mendiva dulu..macam ada isu dengan A.Ali pun ya kan..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038216 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top