CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiga Tahun Menghilang, Hafiz Suip Kecewa Lagu Ditolak Syarikat Rakaman "Alasannya Tak Sesuai Dengan Pendengar Zaman Sekarang"

16-2-2023 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4408| Komen: 50

Hafiz Suip mengakui namanya agak tenggelam dalam lambakan penyanyi baharu.

Katanya sepanjang tiga tahun ‘menghilang’, dia melalui jalan yang sukar dalam mencari ilham untuk menulis lagu.


Foto: IG

Fasa itu tambah memeritkan apabila beberapa kali lagu yang digubahnya tidak diterima untuk dipasarkan.

“Apabila saya bagi lagu saya (kepada syarikat rakaman) sesetengah pihak mengatakan lagu itu bukan untuk pendengar-pendengar zaman sekarang. Saya tidak tahu apa penyelesaiannya.

“Namun, saya percaya semua yang berlaku bergantung pada rezeki… ada masa kita berada di bawah dan ada masa kita berada di atas,” kata Hafiz kepada Boom.



Sementara itu Hafiz tidak pula gelisah atau berkecil hati dengan golongan BBNU mengambil alih kedudukannya dan sebilangan rakan-rakannya sebaliknya berpendapat ia suatu yang positif untuk perkembangan industri muzik.



“Untuk menaikkan nama memang senang tetapi untuk kekal berada di atas adalah sesuatu yang mencabar dan itu merupakan cabaran besar di dalam industri hiburan pada hari ini.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 16-2-2023 02:32 PM
heshe elok keluar join tabligh je lah noks, jadi macam FBI ke apa gitu.
Quote dudaberhias 16-2-2023 02:36 PM
tapi lagu hafiz paling best pun awan nano jah... lelain tu tak memoreable pada telinga iols... silap dengar boleh terlena teruih dan eksiden dalam keta...

zaman2 sekarang ni pop je lah yang top... ballada, rock ke apa semua dah ke laut... yang genre rock pun dah mix pop rock kalau tidak susah nak dapat pendengar...

iols tengok yang duk dengar lagu rock pun hanya pakcik2 rambut panjang rebonding tak potong yang dah kertu... muda2 sibuk dengan pop, kpop, cpop apa2 jenis pop...

tapi paling terbaru adalah genre herlok pop.... lagu dan nyanyian semua tolak tepi, asalkan mv tu ada jejan atau cikki herlok walaupun memasing nyanyi macam binatang confirm berbillionzzz views dan jualan pun berjuta... yang nyanyi sedap pun kalah...
Quote mamajawie 16-2-2023 03:03 PM
suara sedap sayang muda2 da kluar join tabligh..pastu nk masuk balik bidang seni..nampak pelik kat situ..
Quote prince_marhaen 16-2-2023 03:40 PM
..dah tu... kau yang ditch industri kan? tengah elok top menang AJL, bini lawo, tetiba tinggalkan semua, imej tak jaga, orang lain tabligh makin nampak berseri, kau makin selekeh kusam dah kenapa..? hujung-hujung bini tetap seksi ye, sama konsep macam Alep Putik Cendawan Enoki tu....hijrah yang bagus ke idok tu?? Haritu lagu kau ngan Ernie pun kau tak nak nyanyi kan siap hilang tanpa dikesan berminggu gi tabligh.....sian Ernie.. company pun tukar orang lain, tak dapat masuk final pun sebab hauk.. tak rasa bersalah ke? yihh...
Quote miracle_forever 16-2-2023 03:44 PM
prince_marhaen replied at 16-2-2023 03:40 PM
..dah tu... kau yang ditch industri kan? tengah elok top menang AJL, bini lawo, tetiba tinggalkan se ...

sayang kan? lagu tu ada potential.. at least utk vokal terbaik mng boleh tapau la.
Quote alesandra 16-2-2023 03:53 PM
Bini dia dah bukak tudung ke?dulu mcm penah baca dia pakai tudung.dan hafiz masih join tabligh?
Quote sleepandream 16-2-2023 04:11 PM
iols suka jah suara hafiz soeb ni.... selepas anuar zain.... menusuk kalbu gitu...
lagu kene reject tu bese la hafiz oi... asam garam industri... peram la dulu nanti2 submit dekat recording company lain pulekkk
Quote jfq 16-2-2023 04:15 PM
Edited by jfq at 16-2-2023 04:16 PM

Produce sindiri masuk kat youtube ala2 naim daniel
Quote caramello 16-2-2023 04:33 PM
Ksian..berbakat..sora pun sedap..umur pun bkn tua sgt..kenapa faizal tahir tu yg lg tua lg relevan dr dia..compose la lagu ikut kehendak pasaran..pdhl dulu nampak promising sgt dia ni..nampak mcm mempunyai future yg cerah dlm seni suara
Quote Orix 16-2-2023 04:36 PM
personality dia mcm childish sikit. tp suara mmg sedap... iols paling suka suara heols dalam lagu Muara Hati n Salahkah
Quote supernaturalee 16-2-2023 05:33 PM
luar dr menyanyi, bila interview nmpk neves die
he heh heh jek

personaliti star tu mcm kurang

tp bab vokal, heols no syatuuu slps anuar zain


Quote mrseller 16-2-2023 06:23 PM
He is king of AJL. Dia masuk, vokal mmg dia punya
Quote imanjannah 16-2-2023 06:41 PM
masih terkilan ko tarik diri di semi final hari tu, best lagu tu
Quote rayna_raynes 16-2-2023 06:44 PM
Hapiz apa kata kau berbaik dengan Ezra Kong. Confirm dapat satu lagu sedap.
Quote selipar_hijau 16-2-2023 07:43 PM
Apesal makin selebet si hafiz ni
Quote irsa 16-2-2023 07:52 PM
Heols mungkin boleh muncul kembali... Tp nyanyi lagu yg org lain buatkan kot
Quote wafeloren 16-2-2023 08:07 PM
Kene buat collab dengan naim daniel ke. Nyanyi kat tiktok. Itu la formula zaman sekarang.
Quote fadz84 16-2-2023 08:26 PM
Punyalah mendunia Hafiz dulu ngn deretan hits.. dpt buat konsert solo lagi..

1. Masih Jelas - Finalis AJL 24
2. Ku Akui - Ketiga AJL 27, Vokal Terbaik AJL 27
3. Noktah Cinta - Ketiga AJL 25, Vokal Terbaik
4. Awan Nano - Juara AJL 26, Vokal Terbaik AJL 26
5. Ombak Rindu - Finalis AJL 27
6. Bahagiamu Deritaku - Juara AJL 28, Persembahan Terbaik AJL 28
7. Muara Hati
8. Matahari - Finalis AJL 29
9. Terimaku Seadanya - No. 2 AJL 31
10. Kisah Cinta Kita - Persembahan & Vokal Terbaik AJL 34
11. Berakhirlah Pencarianku - Semifinal AJL 37
Quote fazila17 16-2-2023 08:48 PM
fadz84 replied at 16-2-2023 08:26 PM
Punyalah mendunia Hafiz dulu ngn deretan hits.. dpt buat konsert solo lagi..

1. Masih Jelas - Final ...

Hafiz buatlah konsert kat Zepp KL. Lagu popular banyak tu. Lately ramai artis dan group indo perform kat situ. Yang tak berapa famous kat malaysia pun ada

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.172387 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top