CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kitab Injil Tertua Paling Lengkap Bakal Dilelong Sehingga RM220 Juta

16-2-2023 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 645| Komen: 0

Kitab Injil tertua akan dipamerkan di London minggu depan, sebelum lelongan pada Mei dan boleh dijual sehingga AS$50 juta (kira-kira RM220 juta).

Harian Metro melaporkan, kitab berusia 1,000 tahun ditulis dengan bahasa Ibrani dan paling lengkap di dunia itu dijual hampir dengan nilai anggarannya.



KITAB Injil tertua yang ditulis dengan bahasa Ibrani . FOTO AP

Codex atau manuskrip dalam bentuk buku akan tersedia untuk tontonan umum buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun minggu hadapan di Sotheby London dan kemudiannya akan dipamerkan di Tel Aviv, Israel serta Dallas, Los Angeles serta New York di Amerika Syarikat (AS) pada Mei.

Kitab Injil Ibrani itu mengandungi 24 buku berasingan yang disusun menjadi tiga bahagian bermula dengan kitab kejadian dan berakhir dengan Tawarikh.

Codex Sassoon menjadi teks bercetak atau dokumen sejarah paling berharga yang pernah dijual di lelongan, kata Sotheby.


Difahamkan, pelabur Kenneth Griffin mencipta rekod pada 2021 apabila membayar AS$43.2 juta (kira-kira RM190 juta) pada lelongan Sotheby untuk salinan edisi pertama Perlembagaan AS.

Codex Sassoon dinamakan sempena pemilik terdahulu David Solomon Sassoon, yang memperoleh kitab pada 1929 dan mengumpulkan salah satu koleksi peribadi paling penting bagi manuskrip Judaica dan Hebraica pada abad ke-20.

Dokumen itu menawarkan pautan kritikal yang menghubungkan tradisi lisan Yahudi kepada kitab Ibrani moden.

Sehingga baru-baru ini pemilik semasa, pengumpul Jacqui Safra mempunyai karbon Codex Sassoon dan mengesahkan ia lebih tua daripada Codex Aleppo dan Codex Leningrad, dua lagi kitab Ibrani terawal.

Menurut laporan, Skrol Laut Mati yang ditemui dalam gua pada tahun 1947 adalah salinan teks kitab tertua yang pernah ditemui.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.032147 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top