Tular video memaparkan seorang penumpang lelaki yang berang apabila mendakwa bas yang ditunggu lewat tiba kira-kira dua jam daripada jadual asal. "Okey ini first driver, baru sampai eh. Daripada pukul 2.30, sekarang pukul berapa? Pukul 4.20 baru sampai," ujar lelaki itu ketika dia masuk di dalam bas berkenaan.
Menerusi video itu, kelihatan hujan lebat sedang mencurah yang mungkin menjadi punca kelewatan bas berkenaan. Namun, penumpang tersebut kedengaran tidak berpuas hati sehingga dia merakam video hampir seminit sambil membebel di dalam kenderaan berkenaan. Ketika lelaki itu membuat rakaman video, pemandu bas wanita kelihatan tenang sambil meneruskan tugasnya seperti biasa. "Kita akan report eh, betul tak, semua tunggu lama kan?" soalnya dalam nada kuat sebelum seorang lagi penumpang mengangkat ibu jari, tanda bersetuju dengan kata-katanya.
"Apa ni, orang basah, hujan, buat macam ni ke? Kita akan report, tadi saya dah call HQ tadi. Ni, call baru datang. Apa kerja macam ni?" ujar lelaki itu lagi. Rakaman itu turut dikongsi ke group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini oleh seorang individu sehingga ia dihujani pelbagai komen netizen. "Dia ingat driver bus ni personal driver dia kot. Nak cepat naik Grab la bang," tulis Shah Purie yang berkongsi video itu. Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Shah Purie dan meminta penumpang agar lebih bersabar setiap kali menggunakan pengangkutan awam. Netizen memberi cadangan agar penumpang tersebut menaiki Grab jika tidak boleh bersabar. "Tengok situasi hujan pun kau dah boleh jangka jalan memang sesak. "Sikit-sikit report. Kau ingat ada orang kisah masalah kau bang? Dah B40 buat cara B40. Nak mudah beli kereta sendiri. "Dah tahu bas lambat, naik Grab la. Kau ingat Rapid ni bas kilang ke datang ikut time? "Dah la hujan lebat, jalan jem, lagi mahu bising. Kalau aku driver, aku bagi kunci, kau angkat ini kunci, kau bawa sekarang," tulis beberapa netizen lagi. -CARI Sumber: mStar 0nline
|
Abahmung replied at 16-2-2023 02:54 PM
Patutlah service public transport tak penah improve.. sbb ramai bermentaliti 'tak apa'
"Sikit-sikit report. Kau ingat ada orang kisah masalah kau bang? Dah B40 buat cara B40. Nak mudah beli kereta sendiri.
ADVERTISEMENT