CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baju `Bean Bag’ Jadi Topik Panas Di Jepun

16-2-2023 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1814| Komen: 17

Rekaan fesyen terbaru 'bean bag' yang boleh dipakai di tubuh dan dibawa ke mana sahaja mencuri tumpuan ramai.

Keluaran terbaru syarikat pakaian Takikou yang berpangkalan di wilayah Aichi, Jepun itu, membolehkan individu duduk atau berbaring dengan selesa pada bila-bila masa.   



Japan Today

Menurut Oddity Central yang dipetik Utusan, hasil ciptaan luar biasa itu menjadi tajuk utama berita kebanyakan media antarabangsa.

Shogo Takikawa selaku jurucakap syarikat menjelaskan ciptaan bean bag boleh pakai itu diilhamkan daripada `idea kusyen yang memberikan tahap keselesaan tinggi’.

“Konsep ini diinspirasikan daripada idea kusyen yang membolehkan individu mendapat keselesaan sepenuhnya pada bila-bila masa mahupun di mana-mana sahaja.       

“Individu boleh memakai bean bag ini sambil bersantai di ruang tamu atau di banyak tempat, atas sebab itu kami mencipta produk ini,” katanya. 



Japan Today

Walaupun sudah berada di Jepun sejak beberapa bulan lalu, produk itu mencuri tumpuan ramai baru-baru ini hanya selepas tular video menunjukkan seorang individu sedang memakai bean bag tersebut.

Sejak itu, berita mengenai bean bag unik itu disiarkan di televisyen tempatan di Jepun.  



Difahamkan, terdapat tiga saiz berbeza dan pelbagai warna dan yang ditawarkan untuk orang dewasa adalah seberat kira-kira 5 kilogram (kg). 



Japan Today

Bagi saiz kecil, ia dijual pada harga AS$60 (RM261) manakala AS$74 (RM322) versi sederhana dan AS$119 (RM519) untuk yang besar. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Leonclay 16-2-2023 02:22 PM
Jatuh xde la sakit kan.. tp berat pulak baju tu
Quote babelina 16-2-2023 02:32 PM
kt umah jer pkai bj nie.. hahaha.. nk ke toilet kang tanggal jap.. pastu sarung blk..
Quote matjerk 16-2-2023 02:49 PM
Best ni pakai..sambil2 melayari porem cari dot com
Quote Simunggu 16-2-2023 02:56 PM
mcm bodoh ja aku tengok..masuk kereta pun susah nanti
Quote cmf_PariS 16-2-2023 02:57 PM
tk prektikal lgsg.. takan le pemalas tahap ni hahahaha
Quote sangbara2020 16-2-2023 03:06 PM
ape pekdahnya natang nih?
Quote kepompong 16-2-2023 03:10 PM
pakai bila perlu la. nak masuk keta tanggal la dulu. bukannya pakai tu masa naked. kang berbau-bauan lah pulak
Quote miracle_forever 16-2-2023 03:13 PM
macam oompa loompa!
Quote vanillaninja 16-2-2023 03:13 PM
5kg? Kosser nak mengangkut. Orang dekat rumah lagi malas nak berbaju, ni siap nak kena bawak guni.
Quote cmf_almondpecan 16-2-2023 03:16 PM
Rasa lemas dan overwhelmed tengok gambar orang pakai baju ni. Terbayang kalau ada kecemasan apa tak sempat bebaskan diri.
Quote kepompong 16-2-2023 03:18 PM
5kg tak la berat mana u… i tengok selambaaaa je orang bawak bebanan berpuluh kg lemak2 sendiri hari2… gigih u..
Quote kepompong 16-2-2023 03:19 PM
boleh gak org2 macam kita yg lemak tak brp nak ada try pakai tengok camana org yg excess fat berpuluh kilo tu survive .
Quote evlinne 16-2-2023 03:37 PM
Anggap je mcm angkut guni beras 5 kilo
Quote ninja boy 16-2-2023 03:37 PM
Edited by ninja boy at 16-2-2023 03:40 PM

Baju sebaguna, tidur2 air liur basi dan peluh hinggap, duduk2 bauan dari bontot hinggap,
golek2 jadi mop lantai habuk hinggap, tinggal sekejap kucing dtg buat tempat tidur
Quote supernaturalee 16-2-2023 05:13 PM

[youtube]lzmzZaB0kss[/youtube]




Quote Perawankota 16-2-2023 11:03 PM
Cute sgt.                 
Quote epal_putih 16-2-2023 11:05 PM
Bulehla pakat beli

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066078 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top