Penuntut asrama penginapan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok pada Mei tahun lalu disahkan adalah akibat terkena renjatan elektrik. Dalam kejadian pada 21 Mei itu, penuntut Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), S Vinosiny, 21, ditemui meninggal dunia di asramanya.
Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kematian penuntut itu berkata, laporan Histopatologi Forensik terhadap tisu jantung pelajar berkenaan menunjukkan mangsa mengidap penyakit 'Myocardial Fibrosis.' "Kehadiran penyakit ini meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami gangguan ritma jantung yang boleh mendatangkan maut ditambah dengan suatu renjatan elektrik bervoltan rendah," katanya dalam kenyataan hari ini, dipetik Harian Metro. Tambahnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut selepas hasil siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan dirujuk kepada pihak koroner bagi keputusan lanjut. - CARI
|
ADVERTISEMENT