Lelaki sanggup berhabis hampir 19,800 Pound (RM105,441) untuk menjalani pembedahan kosmetik hanya kerana mahu membina keyakinan diri. Marcello Cantu, 31, dilaporkan Mirror yang dipetik Utusan Malaysia, dia berbuat demikian kerana terlalu segan untuk keluar janji temu mahupun bercakap dengan wanita.
Justeru, dia memutuskan untuk dua pemindahan rambut dan pembedahan hidung agar kelihatan mancung, selain rawatan buang lemak pada bahagian mata kirinya. Malah, satu pembedahan kecil turut dilakukan untuk merapatkan kedua-dua telinga ke belakang. Kata ahli perniagaan yang melakukan pembedahan plastik berkenaan di Turkiye pada akhir 2021 itu, proses pemulihan daripada pembedahan plastik yang dilakukannya mengambil masa selama tiga bulan. “Saya mahu menjadi individu yang berbeza, jadi saya fikirkan ia dapat dilakukan dengan mengubah penampilan luar saya. “Sebaik sahaja melakukan prosedur tersebut, saya dapati ramai wanita mula tertarik dengan saya dan ini sekaligus meningkatkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan mereka,” katanya. Selepas menjalani pembedahan itu, dia mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam di gimnasium. - CARI
|
Kurex replied at 16-2-2023 02:13 PM
Yg sebelum nampak masa muda, yg selepas macam dah tua sikit. Kalau gini la hasil bedah, buat rugi ja ...
ADVERTISEMENT