CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Gempa Bumi Bukan Manusia Pun Diselamatkan, Lebih 300 Haiwan Ditemui

16-2-2023 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 414| Komen: 0

Beratus haiwan diselamatkan pasukan tindak balas bencana ketika usaha mencari dan menyelamat diteruskan di selatan Turkiye yang dilanda gempa bumi terburuk minggu lalu.

Kosmo memetik Anadolu melaporkan, lebih 300 haiwan diselamatkan termasuk beribu-ribu penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di kawasan bencana di Hatay iaitu salah satu daripada 10 wilayah yang dilanda gempa bumi berkembar itu.



Persatuan Perlindungan Haiwan di Hatay berjaya menyelamatkan lebih 300 haiwan di bandar itu. - Anadolu Agency

“Saya telah kehilangan ramai orang termasuk saudara-mara dan rakan terdekat tetapi kami perlu bangkit. Kami perlu kekal bertenaga. Nyawa (haiwan) ini juga penting,” kata Ahli kanan Persatuan Perlindungan Haiwan di bandar itu, Ibrahim Gocer.

Menurut laporan, haiwan berkenaan dibawa ke tempat perlindungan di mana ia akan dijaga dan dirawat.


Sementara itu, Ayse Taskiran yang mengetuai pasukan itu berkata, pasukannya sedang berusaha menyelamatkan nyawa mangsa gempa bumi bukan manusia berdasarkan laporan yang mereka terima mengenai kemungkinan lokasi keberadaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.093466 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top